
Dinyatakan sebab kenapa seorang Muslim bertindak demikian adalah kerana apabila disebut sahaja nama Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, hatinya hampir bergerak dari kedudukannya yang asal & seolah-olah mahu keluar dari tempatnya disebabkan cinta & rindunya (hati itu) kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.
Oleh sebab itu, dia meletakkan tangan ke dadanya kerana mahu mententeramkan hatinya, menenangkannya & memujuknya agar bersabar sehingga tiba waktu pertemuannya dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم kelak di Telaga Haudh.
Semoga Allah menghimpunkan kita semua di sana, amin.