Showing posts with label adab&sunnah. Show all posts
Showing posts with label adab&sunnah. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Jika kamu mencintai Allah swt maka ikutilah aku (al Habib saw)


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ                                                                            
Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani   Ali Imran ; 31

Monday, October 28, 2013

al Habib Muhammad Saw senang minum air manis dan sejuk

Sayidatina Aisyah rha meriwayatkan, "Antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk."

Persoalannya, adakah air sejuk dan manis yang disukai Nabi SAW itu sama seperti air manis berais pada zaman sekarang?

Sebenarnya, manisnya minuman Nabi SAW itu bukan kerana campuran gula, tapi kerana campuran madu atau rendaman tamar (manis asli). Manakala sejuknya minuman Nabi SAW pula bukan kerana ais, tapi kerana air tersebut disimpan semalaman di dalam bekas yang bertutup.