Saturday, December 7, 2013

Sungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya : "Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab : "Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi : "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?" Ia menjawab : "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah." Malaikat lalu berkata : "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu untuk memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah terserempak dengan Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang transit via KLIA pagi tadi dalam rangka hadir majlis Haul & Maulid Akbar di Jakarta, Indonesia.

No comments:

Post a Comment