Thursday, October 24, 2013

Bermimpi Bertemu Rasulullah saw.

Nasihat Ustadzah Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya:
Siapa pun yang mendakwa bermimpi bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, TIDAK WAJIB bagi anda untuk mempercayainya. Ia terpulang kepada anda mahu percaya atau tidak. Dan dakwaan itu benar atau tidak, itu antara dia dengan Allah.

Akan tetapi yang WAJIB anda menerima & mempercayainya ialah bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam mimpi itu adalah sesuatu yang harus berlaku, bukan mustahil.

Anda harus faham di situ dengan jelas, matang & rasional. Jangan disebabkan anda dapat tahu ramai yang bermimpi, ditambah ada yang berbohong maka akhirnya anda menafikan hak mimpi itu. Itu kesalahan besar.

Baca dalilnya;
---------------
Anda buka kitab as-Syamail bab terakhir; "melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam tidur".

"Sesiapa yang dapat melihatku dalam tidurnya, sesungguhnya dia memang benar-benar melihatku. Ini adalah kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku."

- HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi & Ibnu Majah رحمهم الله.

 
Dan sesiapa yang bermimpi, tidak perlu diwar-warkan di fb. Zaman sekarang ini bukan seperti zaman dahulu. Dahulu ramai yang mengalami hal ini lantas mereka saling bercerita. Mustahil pula di kalangan mereka ada yang berbohong.

Adapun sekarang zaman fitnah yang jelas fitnahnya. Jangan menjadi asbab fitnah merebak. Berusahalah untuk elakkan keparahan yang sedia parah. Berceritalah dengan orang yang layak, yang pasti BUKAN di fb tempat selayaknya.

No comments:

Post a Comment