Sunday, December 8, 2013

HARAAM bagi para wanita memasang foto WAJAHnya dimedia

AL HABIB UMAR bin Hafidz Berkata HAROMUN.. Yg artinya HARAAM bgi para wanita memasang fotonya dimedia. Sama saja mereka MENJUAL DIRINYA - duhai saudariku dengar pringatan ini. Jutaan manusia di Surabaya banyak yg menangis,, terutama syarifah dan habaibnya, disaat HABIB UMAR BIN HAFIDZ menerangkan alat media zaman sekarang,,Karna salah satu diantara mereka ada yg bertanya tentang FOTO-FOTO para SYARIFAH yg selalu di panjang di media BB,FB dll,, Habib Umar bin Hafidz menerangkan dengan gamblang "HAROMUN" Sama saja meraka menjual dirinya,, Mereka tidak sadar siapa diri mereka yg sllu tersambung oleh ROSULULLAAH, merka rela memperlihatkan keindahan wajahNya demi diperlihatkan oleh jutaan laki laki... Allahumma ba'idna.. Semoga bermanfaat & menjadi renungan.. Wallahu a'lam. 

-via fb Fauzie achmad (ahli Majelis Rasulullah)- 

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳﻴّﺪﻧﺎﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳﻴّﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ 

Saturday, December 7, 2013

Apakah Maksud "Ahli Sunnah Waljama`ah" & Siapakah Mereka???

Dari sudut bahasa,  perkataan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:
Pertama, perkataan Ahlu yang bererti keluarga, pengikut atau golongan[1].
Kedua, perkataan al-Sunnah.
Dari sudut literal perkataan al-Sunnah mempunyai pengertianal-Thariqah (jalan atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak.
Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabisallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu.[2]
K. H. Hasyim al-Asy`ari mengatakan:[3]
"السُّنَّةُ  كَمَا قَالَ أَبُو الْبَقَاءِ فِيْ كُلِّيَّاتِهِ: لُغَةً الطَّرِيْقَةُ وَلَوْ غَيْرَ مَرْضِيَّةً، وَشَرْعًا اسْمٌ لِلطَّرِيْقَةِ الْمَرْضِيَّةِ الْمَسْلُوْكَةِ فِي الدِّيْنِ سَلَكَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرُهُ مِمَّنْ هُوَ عَلَمٌ فِي الدِّيْنِ كَالصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِيْ".
Maksudnya: "al-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ di dalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun (jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurut istilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin sesudahku". 
Ketiga, perkataan al-Jama`ah. Dari sudut bahasa, perkataan al-Jama`ah ialah segolongan manusia yang bersama-sama secara kolektif dalam mencapai suatu tujuan, sebagai antonim daripada perkataan al-Firqah iaitu sekelompok manusia yang bercerai dan memisahkan diri daripada kelompoknya yang asal. Adapun dari sudut agama, perkataan al-Jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan erti bahawa Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Harari (1328-1429 H/1910-2008 M), berikut ini:[4] "لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ السُّنَّةِ هُمْ جُمْهُوْرُ الأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَهُمُ الصَّحَابَةُ وَمَنْ تَبِعَهُمْ فِي الْمُعْتَقَدِ أَيْ فِيْ اُصُوْلِ الاِعْتِقَادِ...وَالْجَمَاعَةُ هُمُ السَّوَادُ الاَعْظَمُ". Maksudnya: "Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah majoriti umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah…Sedangkan al-Jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Swad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]".  Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin)dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[5] "عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الأَعْظَمِ". Maksudnya: "Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti".  Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[6] "عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلاصُ الْعَمَلِ، وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ". Maksudnya:"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".  Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut mainstream majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar dari mainstream majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin[7]. Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan yang terselamat adalah golongan majoriti[8]. Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidikerana jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, perinsip-perinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikutimainstream majoriti kaum Muslimin, manakala berlepas diri daripada mazhab al-Asy`aridan al-Maturidi bererti keluar daripada mainstream majoriti kaum Muslimin. Dari sudut yang lain, terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat bahawa maksud al-Sawad al-A`zam di dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada majoriti para ulama’ yang memiliki ilmu yang mendalam dan pendapat mereka ini dapat diikuti (mu`tabar). Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Mubarak, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain[9]. Maka jika diteliti, pendapat ini adalah turut sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji ditambah pula dengan kesepakatan para pakar, mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi merupakan dua aliran di bidang akidah yang telah diikuti oleh majoriti para ulama’ dari kalangan ahli fiqh, ahli tafsir, ahli tasawuf dan lain-lain. Realiti bahawa majoriti ulama’ terkemuka dalm dunia Islam sejak zaman berzaman mengikuti mazhab al-Asy`ari turut diakui oleh Abdurrahman bin Salih al-Mahmud (tokoh rujukan Wahhabi) yang mengatakan:[10] "Di antara sebab terbesarnya mazhab al-Asy`ari ialah, bahawa majoriti ulama’ berpegangan dengan mazhab tersebut dan menjadi pembelanya, lebih-lebih lagi para fuqaha’ mazhab al-Syafi`e dan al-Maliki…Tokoh-tokoh yang  beraliran al-Asy`ari antara lain adalah al-Baqillani, Ibn Furak, al-Baihaqi, al-Isfirayinni, al-Syirazi, al-Juwayni, al-Qusyairi, al-Baghdadi, al-Ghazzali, al-Razi, al-Amidi, al-`Izz bin Abdissalam, Badruddin bin Jama`ah, al-Subki dan masih banyak ulama’-ulama’ yang lain. Mereka bukan sekadar pengikut kepada mazhab al-Asy`ari sahaja, bahkan mereka juga bertindak sebagai penulis dan penyeru kepada mazhab ini. Oleh sebab itu mereka telah menyusun sekian karangan dan mempunyai pelajar yang begitu ramai".  Hadis-hadis di atas secara realitinya tidak tepat untuk disandarkan kepada aliran-aliran sesat seperti Syi`ah Imamiyyah, Syi`ah Zaidiyyah, Khawarij, Wahhabi (mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai kaum muda atau Salafi) dan lain-lain, kerana mereak ini tidak lain hanyalah terdiri daripada kelompok minoriti umat Islam, atau dala kata yang lain, aliran-aliran sesat ini hanya diikuti oleh sebahagian kecil kaum muslimin. Hal tersebut berbeza dengan aliran al-Asy`ari dan al-Maturidi yang diikuti oleh majoriti kaum muslimin, baik dari kalangan orang awam mahupun dari kalangan cendiakawan, ilmuwan dan para ulama’. Dewasa ini, dengan berpendapat bahawa jumlah majoriti tidak dapat menjadi bukti terhadap benar dan tidak benarnya sesuatu ajaran, golongan Wahhabi telah berusaha untuk mengelirukan fahaman yang terbit daripada hadis di atas dan hadis-hadis lain yang serupa dengannya dari sudut redaksi. Menurut mereka, justeru dengan kelompok mereka (Wahhabi) yang sedikit telah menjadi bukti bahawa merekalah sebenarnya kelompok yang benar, kerana di dalam al-Qur’an sendiri sering kali disebutkan bahawa kebenaran adalah bersama kelompok yang jumlahnya minoriti, sepertimana [menurut mereka] di dalam ayat, “Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh dan  amat sedikitlah mereka ini”. (Surah Shad (38): 24), “Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”.(Surah Saba’ (34): 13) dan ayat, “Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain)”. (Surah Yusuf (12): 106) dan lain-lain. Anggapan serta dakwaan golongan Wahhabi tersebut tidak dapat diterima sama sekali. Para ulama’ mengatakan bahawa ketiga ayat di atas tidak tepat untuk dijadikan dalil bagi membenarkan kelompok yang memiliki jumlah yang minoriti berdasarkan beberapa premis. Pertama, berkaitan dengan dua ayat yang pertama, perkataan “sedikit”, dalam dua potong ayat tersebut, perlu diletakkan pada konteks “sedikit” yang relatif dan nisbi; iaitu ada kalanya diletakkan dalam pengertian sedikit yang bersifat umum dan ada kalanya dalam pengertian sedikit yang bersifat khusus. Dalam pengertian umum, jumlah kaum Muslimin adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kaum non-muslim. Sedangkan dalam pengertian yang khusus, kaum muslim yang ikhlas, istiqamah dan konsisten secara sempurna dalam menjalankan perintah agama adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang tidak konsisten secara sempurna. Namun semua kaum muslim yang konsisten (sama ada) dengan sempurna, konsisten yang kurang sempurna, bahkan termasuk juga mereka yang tidak konsisten menjalankan perintah agama, kesemua mereka ini tetap dikatakan muslim yang beriman. Selama mereka mengikuti akidah majoriti kaum Muslimin, mereka tetap termasuk dalam kalangan  pengikut Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah. Kedua, penggunaan ayat yang ketiga iaitu ayat, “Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan yang lain)”. (Surah Yusuf (12): 106), terhadap majoriti kaum Muslimin adalah tidak tepat kerana berdasarkan kesepakatan para mufassirin, ayat tersebut turun kepada kaum penyembah bintang, penyembah berhala, umat Yahudi dan Kristian. Justeru, menggunakan ayat tersebut ke atas kaum Muslimin bererti mengikut tradisi kaum Khawarij sepertimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dalam riwayat Sahih al-Bukhari.[11] Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama’ yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam  di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama’ ini.  Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazali[12]. "إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ". Maksudnya:"Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka  yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)". Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar”:[13] "قَوْلُهُ (عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِ الْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلا تَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلا فِيْ مَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلافِ اللَّفْظِيِّ كَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ". Maksudnya:"Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan mereka adalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya". Telah berkata al-Syaikh Hassan Ibrahim di dalam kitabnya Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie:[14] "وَلَمْ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلُ السُّنَّةِ)) إِلا فِى الْعَصْرِ العَبَّاسِى الأَوَّلِ فِى الْوَقْتِ الَّذِىْ تَطَوَّرَ فِيْهِ مَذْهَبُ الْمُعْتَزِلَةِ، حَتىَّ أَصْبَحَ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلِ السُّنَّةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَاسْمُ ((الْمُعْتَزِلَةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَأْخُذُ بِالْكَلامِ وَالنَّظَرِ. أَمَّا فِىْ صَدْرِ الإِسْلامِ فَكَانَ يُطْلَقُ عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ اِسْمُ ((الصَّحَابَةِ))، لأَنَّهُمْ اِجْتَمِعُوْا مَعَ الرَّسُوْلِ وَنَاصَرُوْهُ. كَمَا أَطْلِقُ عَلَى مَنْ أَنَى بَعْدَ هُمْ الأَتْبَاعُ وَأَتْبَاعُ الأَتْبَاعِ. وَظَلَّتِ الْحَالُ كَذَلِكَ إِلَى أَنِ انْتَصَرَ أَبُوْ الْحَسَنِ الأَشْعَرِىِّ وَأَتْبَاعُهُ عَلَى الْمُعْتَزِلَةِ، وَاضْمَحَلَتْ أَكْثَرَ الْفِرَقِ الإِسْلامِيَّةِ الأَخْرَىْ، فَلَمْ يَعُدْ هُنَاكَ سِوَىْ الشِّيَعَةُ وَأَهْلُ السُّنَّةِ، فَيُقَالُ هَذَا شِيْعِىْ وَذَاكَ سَنِّىْ، وَاسْتَمَرَّتْ هَذِهِ التَّسْمِيَةُ إِلَى الْوَقْتِ الْحَاضِرِ." Maksudnya: "Istilah ahl al-Sunnah hanya digunakan bermula pada zaman permulaan kerajaan Abbasiyyah iaitu zaman di mana mazhab mu`tazilah sedang berkembang. Pada ketika itu penggunaan istilah ahl al-Sunnah merujuk kepada mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunah, manakala istilah mu`tazilah pula digunakan bagi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam siri-siri perdebatan. Adapun pada zaman awal Islam, istilah sahabat telah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana mereka semua telah berhimpun bersama-sama Rasulullah dan membantu baginda. Penggunaan istilah ini berterusan sehinggalah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bersama pengikut dapat mengalahkan golongan mu`tazilah (dalam masa yang sama) aliran-aliran yang lain di dalam Islam terjadi semakin lemah, (akhirnya) hanya tinggal dua puak sahaja yang masih kekal pada ketika itu, iaitulah al-Syi`ah dan ahl al-Sunnah, maka dikatakan satu puak sebagai Syi`e dan satu puak yang satu lagi sebagai Sunniy. Penamaan/gelaran ini telah berterusan (digunakan) sehingga kini". Al-Syeikh Prof Dr. Ali Juma`ah iaitu mufti Mesir pada masa ini menjelaskan tentang mazhabahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam kitabnya:[15] "مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ -الأَشَاعِرَةِ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةِ- مَذْهَبُ وَاضِحٌ فِيْ جَمِيْعِ أَبْوَابِ عِلْمِ التَّوْحِيْدِ، وَلَكِنَّ أَكْثَرَ مَا يُنْكِرُهُ مَنْ جَهَلُوْا حَقِيْقَةَ الْمَذْهَبِ مَسْأَلَةً فِيْ الإِيْمَانِ بِاللهِ، وَهِيَ تَتَعَلَّقُ (الإِضَافَاتِ إِلَى اللهِ)، أَوْ مَايُسَمَّىْ (الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةِ). Maksudnya:"Mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah –al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun banyak orang-orang yang mengingkarinya ialah orang-orang yang jahil terhadap mazhab tersebut yang sebenar pada masalah iman kepada Allah dan ia berkaitan dengan (al-Idhafat/ sifat-sifat sandaran kepada Allah) atau apa yang dinamakan sebagai (sifat-sifat Khabariyyah)". Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama’ salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahl al-Sunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari kalangan mazhab Hanbali (Fudala’ al-Hanabilah). Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahl al-Sunnah di negara kita, Malaysia. Dan alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara di daratan Syam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki, Daghestan, Chechnya, Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti umat Islam. Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dikenali dengan nama Abu Musa al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun. Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.  [1] Muhammad Salih Muhammad al-Sayid (1987), Asalat `Ilm al-Kalam, Kaherah: Dar al-Thaqafah, h. 14. [2] Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 29. [3] K.H. Hasyim al-Asy`ari (1418 H), Risalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Jombang: Maktabah al-Turath, h. 5. [4] Al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Harari (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 14-15. [5] Hadis riwayat Ibn Majah (3950), Abd bin Humaid di dalam Musnad-nya (1220) dan al-Tabarani di dalam Musnad al-Syamiyyin (2069). Al-Hafiz al-Suyuti menilainya sebagai sahih di dalam kitab al-Jami` al-Saghir (1/88). [6] Hadis riwayat al-Tirmizi (2582), Ahmad (12871) dan al-Hakim (1/88) yang menilainya sahih sesuai dengan pensyaratan al-Bukhari dan Muslim. [7] Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi (2001), Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih,  Jamal `Aitabi (ed.), Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, , j. 1, h. 442. [8] Abdurra`uf al-Munawi (2001), Faidh al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, j. 2, h. 546; Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi(2001), op.cit., h. 383. [9] Abu Ishaq al-Syatibi (t.t), al-I`tisam, Riyadh: Maktabah al-Tauhid, h. 312-314. [10] `Abd al-Rahman b. Salih al-Mahmud (1995), Mauqif Ibn Taimiyah min al-Asya`irah, Riyadh: Maktabah al-Rusyd, h. 502. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Safar al-Hawali (tokoh rujukan Wahhabi) di dalam kitabnya Naqd Manhaj al-Asya`irah fi al-`Aqidah, h. 7. [11] Muhammad Adil Azizah al-Kayyali  (2005), al-Firqah al-Najiyah hiya al-Ummah al-Islamiyyah Kulluha, Dubai: Mathani` al-Bayan, h. 88-89.
 [12] Imam Al-Zabidi (t.t.), Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin,(t.tp):  (t.p), j. 2, h. 6.
[13] Ibn Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah radd al-Mukhtar, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 52.
[14] Hassan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie, j. 2, c. 7, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 162-163.
[15] Ali Juma`ah (2005), al-Bayan lima Yashghul al-Azham, Kaherah: al-Maqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`, h. 140.

Bagaimana kita memandang kpd orang yg berbuat maksiat

"JGN MEMANDANG SEBELAH MATA ORG YG BERBUAT MAKSIAT. JGN MERASA KITA LEBIH BERMARTABAT DIBANDINGKAN DGN MEREKA. KITA CELA PERBUATAN MAKSIAT MEREKA, BUKAN ORANGNYA. MEREKA TIDAK BOLEH KITA ANGGAP RENDAH DAN TERCELA, KITA JUGA TIDAK BOLEH SOMBONG KPD MEREKA. BOLEH JADI, SUATU MALAM IA DILIHAT ALLAH, LALU MENJADI SEORANG WALI YG DICINTAI ALLAH. SEMENTARA AMALMU YG TIDAK SEBERAPA, KERANA ENGKAU SOMBONGKAN, DIHAPUS ALLAH DAN ENGKAU JADI TAK PUNYA APA-APA. BAHKAN, BOLEH JADI IMANMU DICABUT, DAN ENGKAU TIDAK DITERIMA LAGI UNTUK MENGHADAP-NYA."
NAU'ZUBILLAH MIN ZALIK.

-HABIB ALI ALJUFRI-

Belajar Adab dari Imam Malik ra

Anak murid Imam Malik mengatakan: Aku belajar dengan Imam Malik selama 20 tahun..18 tahun hanya utk belajar adab dan 2 tahun utk ilmunya al Imam Malik..alangkah ruginya aku kerana tidak belajar adab dengan al Imam Malik selama 20 tahun terus kerana ilmu boleh dicari tetapi adab tidak..

Adab Imam Malik: Jika seseorang bertanya tentang sesuatu hukum..aku bisa menjawab dengan begitu saja..tetapi jika bertanyakan tentang hadisnya Nabi Muhammad saw..aku akan meminta izin kepada tetamu itu untuk mandi,memakai baju yg paling cantik,memakai wangian dan akan mula menjawab.. Itulah adab.

Zikir apa yang membantu untuk menundukkan pandangan

(HIZBUL MURAAQABAH)
Habeebna `Umar pernah ditanya:
 " Zikir apa yang membantu untuk menundukkan pandangan? "

Jawapan beliau:
 "Apa2 zikir yang membantu rasa 'hudhuur' (kebersamaan bersama ALLAH).Antaranya...." ⇨1) Zikr : الله حاضري(Allahu Haadhiri -Allah hadir bersamaku) الله شاهدي(Allah Syaahidi -Allah menyaksikanku) الله معي(Allah Ma'i -Allah bersamaku) الله ناظرإلي(Allah Naadhirun Ilayya -Allah melihatku) االله قريب مني(Allah Qariibun minni -Allah dekat denganku) P/s:Habeebna `Umar pernah sebutkan dalam pengajian subuhnya (kitab Tarbiyah Al-Awlad) bahawa zikir ini baca sebelum tidur sebanyak 11 kali untuk merasakan muraaqabatullah (rasa diperhatikan Allah).Ada kisah disebalik zikir ini.
⇨2)Doa wirid dari Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam) :
 اللهم يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث و من عذابك أستجير اصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي ولا إلىأحد من خلقك طرفة عين
Allahumma ya hayyu ya Qayyum birahmatika astaghith wa min 'azabika astajir aslih li sya'ni kullihi wala takilni ila nafsi wala ila ahadin min kholqika torfata 'ain.
⇨3)Sentiasa sibukkan fikiran kita bahawa kita ingin mempersiapkan mata kita untuk melihat wajah mulia Sayyidina Rasulullah SAW ...
Mari sama2 kita mujahadah mata kita sehinggalah Dia meredhai kita untuk melihat wajahnya Sollallaahu 'alaihi wasallam....
Ya Allah,Tundukkan mata kami dari pandangan2 yang menggelapkan hati kami.... Aameeen Allaahumma Aameeen...

[Al-Habib Jindan bin Novel bin Salim bin Jindan] Malaysia Berselawat 2013 (07/12/13) 

"Jangan menilai seseorang yang beribadah (luaran) itu tidak ikhlas kerana sesungguhnya orang tersebut sedang berusaha untuk kembali kepada-NYA. Keredhaan ALLAH SWT terletak kepada keredhaan kedua orangtua & sesetengah hamba yang dekat dengan ALLAH SWT."

[Al-Habib Jindan bin Novel bin Salim bin Jindan] Malaysia Berselawat 2013 (07/12/13) www.darulmurtadza.com

Diantara tausiah Habib Umar bin hafidz di Majlis Ta'lim Darul Murtadza Malaysia (06-12-13) 

بِسْـــــــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

"Barangsiapa-siapa melazimkan diri utk menjaga ADAB akan diberikan taufiq oleh Allah SWT utk menjaga sunnah2. dan maka siapa yg menjaga sunnah2, akan diberikan taufiq oleh Allah SWT utk menjaga kewajiban2 yg diwajibkan oleh Allah SWT, dan maka siapa yg menjaga kewajiban, maka akan dianugerahkn oleh Allah SWT mati dlm keadaan husnul Khotimah."

آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ آمــــــــين يَا مُجِيبَ ا لسَّائِلِينْ وَ الـلَّــــهُ اَعْــلَـــمْ بِالصَّــــوَابِ بَارَكَ اللّهُ 

keadaan wanita-wanita muslimat indonesia

Alhabib Umar Bin Hafidz :
Dahulu orang-orang kafir di Indonesia menutup aurat mereka karena malu dengan wanita-wanita muslimat dan karena haibah (keagungan) agama. Sekarang justru wanita-wanita muslimat yang ber tabarruj (memamerkan kecantikan).

Wahai Allah SWT yang Maha Penolong, tolonglah kami! Wahai Allah SWT yang Maha Perubah Keadaan, rubahlah keadaan kami menjadi lebih baik!

Ajaklah anak-anak kalian, laki-laki dan perempuan, kepada kebaikan dan menuntut ilmu yang bermanfaat. Kalian akan menghadap Allah SWT dengan wajah seperti apa jika mendukung anak kalian pergi ke Amerika! Apa yang akan mereka
pelajari di Amerika?! Seberapa besar nilai yang mereka dapatkan sepulang dari Amerika dan cahaya apa yang mereka bawa? Bahkan kadang-kadang mereka pergi tanpa muhrim!

Wahai yang tak beradab! Di padang mahsyar kalian akan diliputi kegelapan dan menyesali perbuatan (mendukung kepergian itu) sedangkan orang- orang lain berada dibawah lindungan junjungan- junjungan kita.

Oleh karena itu kirimlah anak-anak kalian ke tempat- tempat belajar agama. Sehingga iman mereka menguat dan yakin. Kirimlah anak anak perempuan kalian bersama muhrim. Seperti ke Hadramaut.

Bertakwalah kepada Allah SWT…berapa lamakah umurmu di dunia?! Siapakah yang berada di hati kalian?! Kalian telah mengagungi perbuatan, perkataan, dan ilmu-ilmu orang kafir! Sesungguhnya ilmu Rasulullah SAW (Al-Mukhtar) lebih agung!

Hidupkanlah pada diri kami Ilmu Nabi kita Rasulullah SAW yang memberi petunjuk dan jalan kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT merubah keadaan menjadi lebih baik. Dan masing-masing dari kalian menjadi qurrot‘ain (penyejuk pandangan) Sayyidah Fatimah az- Zahra dan dibangkitkan bersama beliau.

Memasuki masjid memakai sandal, dan shalat memakai sandal.

di petik dari petunjuk Habib zein Hafidzahullah.

telah di sebutkan di dalam Hadist bahwa Baginda nabi shallahu alaihi wa sallam, shalat memakai sendal, dan memasuki masjid mengenakan sandal. maka Para ulama menjawab nya perihal masalah ini, menjelaskan makna perbuatan Rasulullah shallahu alaihi wa sallam tersebut, Berkata Ahlu Ilmi. perbuatan rasulullah tersebut adalah untuk menjelaskan bahwa itu mempunyai hukum boleh di lakukan, (Berhukum jawaz), dan menjelaskan hukum Boleh (Jawaz) kepada Ummat nya adalah wajib bagi rasulullah shallahu alaihi wa sallam. sebagaimana telah di sebutkan dalam hadist bahwa rasulullah Shallahu alaihi wa sallam pernah minum berdiri dan pernah buang air kecil berdiri, perbuatan seperti ini adalah untuk menjelaskan bahwa itu boleh di lakukan, bukan berarti itu merupakan kebiasaan atau perintah Rasulullah agar di lakukan.

melainkan Yang sunnah adalah, mendorong untuk tetap di atas adab dalam memasuki masjid, dan tidak mengotorinya dengan sandal, sebab seorang muslim tentu tidak rela jika hal itu di lakukan di dalam rumah nya, atau di tempat di mana ia bertinggal, lantas bagaimana ia bisa rela jika perbuatan tersebut mereka lakukan di dalam rumah Allah ?
Bahkan Para ahli ilmu mengatakan. orang yang hendak masuk masjid dengan mengenakan sandal maka di syaratkan sandal nya harus suci, dan tentu ini sulit. bahkan di haramkan masuk kedalam masjid jika sandal nya membawa najis.

kita mendengar sebagian Orang berkata dan berdalih, bahwa Nabi saja masuk kedalam masjid dengan mengenakan sandal, dan shalat mengenakan sandal.

jawab :

sandal nya nabi itu tidak sama dengan sandal yang anda pakai.
sandal nya nabi itu suci, beliau naik ke atas langit dengan sandal nya di hadapan Allah. oleh itu sandal nya nabi penuh dengan keberkahan,
sebagaimana yang telah di katakan oleh para Ulama'

على الطُـورِ نُودي موسى أن اخلع ... ومحمد لم يُـؤمر بخلع نعاله

di atas gunung thur, musa di panggil dan di perintah untuk melepas sandal nya, sedang Nabi Muhammad (di panggil ke hadapan Allah) tidak di perintah untuk melepaskan sandal nya.

kemudian Nabi tidak melakukan nya atas inisiatif sendiri, melainkan berdasarkan petunjuk, lalau bagaimana anda hendak menyerupai dan mengikuti ? oleh itu perbuatan anda ini keliru dan perbuatan orang dungu.

adapun shalat dengan mengenakan Sandal.

Maka ketahuilah wahai kaum muslimin, bahwa hal itu di syaratkan sandal mu harus Suci, dan harus dalam keadaan darurat, seperti sangatnya panas matahari sehingga membutuhkan sandal, oleh itu tidak pernah datang dari nabi bahwa beliau senantiasa mengenakan sandal dalam shalat nya.

Ringkas nya. wahai saudara-saudaraku, semuga Allah anugerahi kalian taufik, bahwasanya, selayaknya kita memelihara adab di rumah-rumah Allah, dan di hadapan Allah, mari kita dahulukan Adab dari mengikuti hawa nafsu, jangan sampai kita masuk masjid kecuali dalam keadaan khusyu', dan adab, serta dengan pengagungan,

Allah berfirman :

ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب

dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.

Orang beruntung dan bijaksana adalah orang yang bodoh hawa nafsu dan pendapatnya, demi untuk mengikuti para ulama terdahulu, mengikuti dan meneladani mereka , sebab ulama itu adalah ittiba' karena Allah dan rasul nya serta tunduk dan patuh.

Sungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya : "Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab : "Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi : "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?" Ia menjawab : "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah." Malaikat lalu berkata : "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu untuk memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah terserempak dengan Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang transit via KLIA pagi tadi dalam rangka hadir majlis Haul & Maulid Akbar di Jakarta, Indonesia.

AllAh WUJuD tanpa TEMPAT!!

JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran العرش استوى الرحمن على dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولامكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

BUDI PEKERTI GURU MULIA AL-MUSNID AL-HABIB UMAR BIN HAFIDH SEHARI-HARI

Al-Habib Mundzir Al-Musawa mengatakan: 
Beliau itu adalah panutan yang sangat indah,selama tahun 93,dan awal 94,saat itu saya meninggalkan Jakarta untuk belajar dengan
beliau diYaman,selama 4 tahun dalam tarbiyah bersama beliau.
Saya tidak pernah menemukan BUDI PEKERTI YANG SANGAT INDAH DAN SERASI DENGAN NABI MUHAMMAD SAW,sebagaimana
yang saya lihat pada pribadi beliau.
Semua yang saya lihat pada kitab-kitab Ahadistunnabawy tentang:
-budi pekerti rasul
-cara duduknya
-cara jalannya
-cara bicaranya
-cara tidurnya
-cara segala galanya
TERNYATA ADA PADA SOSOK GURU MULIA KITA. (Al-Musnid Al-Habib Umar bin Hafidh)

Jadi ternyata bukan kitab saja yg berbicara,ada sosoknya yang jelas terlihat.
Kalau hadistnya begini rasulullah saw,ternyata saya lihat ada pada beliau,dan demikian dan demikian.
Demikian budi pekerti yang sngat indah,dan beliau orang yang sangat ramah kepada semua orang,bahkan ketika salah seorang:
-anti maulid
-tidak suka maulid
-benci kepada beliau
-selalu mencela beliau

Sekali waktu bertemu dengan beliau disalah satu acara. Lantas beliau mengambil tangan orang itu lalu menciumnya.
Maka orang itupun menangis:
"Saya benci orang ini seumur hidup saya,anak saya juga tidak cium tangan saya,tapi ulama ini cium tangan saya"
Meruntuhkan kebencian kepada beliau,dan berbalik menjadi orang yang sangat mencintai beliau.
Kejadian seperti ini sangat banyak terjadi.

Demikian indahnya budi pekerti yang luhur dan mulia guru mulia kita,hari ini insya Allah kita akan memandang wajah teduhnya,semoga membawa keberkahan untuk muslimin sekalian,amin

NASIHAT UNTUK WANITA NASIHAT UNTUK KITA SEMUA

Almusnid Al-Arif Billah Alhabib Umar bin Hafidz berkata:

“Seharusnya para wanita kita,anak-anak kita, isteri kita dansaudari-saudari kita yang kecil maupun yang besar tidaklah mengikuti ajaran kaum kafir.
Janganlah kalian mengikuti merekadalam segala sesuatu. Baik cara berpakaian, adat perkawinan,didalam rumah, serta cara keluarrumah.

Wahai puteri-puteri dan wanita mukminah...
selama ini, siapakah yang kalianikuti? Siapakah yang kalian jadikan teladan? Siapakah yang kalian
kalian jadikan contoh? Sosok manakah yang kalian Jadikan panutan?
Apakah kalian mengikuti orangkafir, Yahudi, Nasrani dan para wanita-wanita yang jauh dari jalan
Allah swt!!!
Apakah kalian tidak berada dijalannya Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya??
Janganlah kalian sampai terjerumus!!!
Wahai mukminah, wahai muslimah...
Perhatikanlah siapa yang telahkalian contoh dan jalan siapakah yang telah kalian ikuti? Dengan
siapa kaiian berteladan?
Janganlah kalian menukar para teladan kalian! Apakah kalian akan menukar sayyidah Ahlil Jannah
dengan kaum kafirl Apakah kalian akan menukar sayyidah Khadijahr.a. yang memperoleh salam dari
Allah swt, dengan kaum yang dilaknat oleh Allah swt.
Apakah yang telah menimpa kita wahai saudaraku!!! Jikalau hal ini terjadi, maka ini adalah sebuah
bencana yang besar. Berpikirlah secara benar dan serius. Perkara ini bukanlah sebuah lelucon, mainan ataupun gurauan.
Ini perkara agama yang berkaitan dengan akhirat kita! Ini perkara yang berkaitan dengan keadaan menjelang maut, di dalam kubur, dibarzah dan hari kebangkitan kelak.
Perkara agama ini tergantung pada amal perbuatan kalian dalam kehidupan, adat, perkataan dan sikap kalian selama di dunia ini.
Siapa suri tauladan kita Kita telah menukar serta meninggalkan suri tauladan AlBatul dalam adat dan kehidupan kita. Salah satu bagian dari Rasulullah saw, yaitu Sayyidah Fatimah az-Zahra
Dengan siapakah kalian tukar wahai mukminah...! Apakah yang ada di benak kita? Sesungguhnya hal yang
memalukan serta merupakan 'aib bagi muslimah dan mukminah adalah tidak memperdulikan sirah
sayyidah Fatimah az-zahra. Tidak mencontoh akhlak dan kebiasaan beliau! Justru kita mencontoh
lainnya!

tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak


Ilmu itu adalah agama, maka lihatlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu (ilmu)

Ilmu Adalah Agama.

Al-'Alim Al-'Allamah Imam Al-Bajuri رحمه الله dalam kitabnya Al-Mawahib Al-Laduniyah 'ala As-Syamaail Al-Muhammadiyah menaqalkan kalam yang terdapat dalam kitab Al-Jami' As-Shoghir,

'Ilmu itu adalah agama, maka lihatlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu (ilmu).'

[ref: Mawahib Laduniyah, 323]

Syitan Tak Pernah Putus Asa, Bagaimana kamu Boleh Berputus asa


tidaklah berhak untuk menetapkan suatu hukum tentangnya kecuali orang yang telah memiliki berbagai macam ilmu

Sesungguhnya perkara-perkara kontemporer merupakan perkara yang paling rawan dan butuh pembahasan yang lebih dalam. Oleh karena itu tidaklah berhak untuk menetapkan suatu hukum tentangnya kecuali orang yang telah memiliki berbagai macam ilmu.

Ilmu yang pertama: Menguasai seluruh nas-nas syariat (terlatih dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi sampai-sampai tidak ada satu nas-pun terlewat yang mungkin berhubungan dengan perkara-perkara kontemporer itu)

Ilmu yang kedua: Harus menguasai ilmu Ushul Fikih

Ilmu yang ketiga: Menguasai Maqasid asy-Syari’ah

-Syaikh Usamah Sayyid al-Azhari-

“Apakah mengebom sebuah klub malam di suatu negara muslim itu halal atau haram?”

Pesan untuk Kelompok Islam garis keras dan suka mengkafirkan

Syaikh Muhammad Sya’rawi rahimahullah berkata:
Pernah suatu saat saya berbincang dengan salah satu pemuda penganut Islam garis keras dan saya bertanya kepadanya:
“Apakah mengebom sebuah klub malam di suatu negara muslim itu halal atau haram?”

Dia menjawab: “Tentu saja halal. Membunuh mereka itu boleh.”

Saya bertanya: “Kalau seandainya kamu membunuh mereka, sedangkan mereka bermaksiat kepada Allah, kemana mereka akan ditempatkan?”

Dia menjawab: “Tentu saja neraka!!”

Saya bertanya: “Kemana syaitan ingin menjerumuskan mereka?”

Dia menjawab: “Tentu saja ke neraka..!”

Saya berkata: “Kalau begitu kamu dengan syaitan memiliki tujuan yang sama, yaitu memasukkan manusia ke neraka!”

Lalu saya menyebutkan sebuah hadis Rasulullah ketika ada mayat seorang yahudi lewat di hadapan Nabi lalu Nabi menangis. Ditanyalah Nabi: Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah? Nabi bersabda: ((Telah lolos dari ku satu jiwa dan ia masuk ke dalam neraka))

Saya berkata: Perhatikan perbedaan antara kalian dengan Rasulullah yang berusaha untuk memberi petunjuk kepada manusia dan menjauhkan mereka dari neraka.

Waktu yang Barokah


Indahnya akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan terhadap hewan sekalipun

DARI HABIBANA MUNZIR :

Indahnya akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang selalu tidak ingin mengecewakan orang lain,
tidak ingin menyakiti perasaan orang lain,

bahkan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam tidak ingin menyakiti hewan sekalipun,

sebagaimana teriwayatkan di dalam sirah Ibn Hisyam dimana ketika salah seorang sahabat mencaci keledainya yang lemah dan berjalan lambat dan mencambuknya,

dan ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendengar cacian sahabat tersebut terhadap keledainya, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ingin membeli keledai tersebut,

namun sahabat itu menolaknya sebab keledai itu sangat lemah sehingga ia ingin menghadiahkan nya saja kepada
beliau shallallahu ‘alaihi wasallam,

sedangkan untuk di hadiahkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam saja sahabat itu merasa malu, terlebih lagi jika akan dibeli oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetap ingin membeli keledai tersebut, maka sahabat itu pun mengatakan harga keledai itu, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membayar dengan harga yang lebih tinggi dari harga yang disampaikan oleh sahabat tersebut,

dan keledai itu kemudian berubah menjadi keledai yang sehat dan penuh tenaga karena telah disentuh oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam..

berhati-hatilah ketika berbicara tentang perkara yang belum kita kuasai sepenuhnya

"Barang siapa berbicara tentang suatu hal sebelum ia mempelajarinya, maka bisa saja ia mengira bahwa setiap yang hitam adalah arang, setiap yang merah adalah daging, dan setiap yang putih adalah gajih/lemak.

Karenanya, berhati-hatilah ketika berbicara tentang perkara yang belum kita kuasai sepenuhnya."

-Syekh Ali Jumah-

Luasnya kadar ilmu seseorang itu akan timbul dari pada keluasan akhlaqnya yang mulia

Alhabib Ali Aljufri berkata: 
Luasnya kadar ilmu seseorang itu akan timbul dari pada keluasan akhlaqnya yang mulia.

Melihat gambar-gambar yang penuh maksiat di televisi mematikan hati

Almusnid Alhabib Umar Bin Hafidz :

Ikutilah agama dan sunnah Rasulullah SAW. Berapa banyak TV yang berada di rumah-rumah yang telah merusak dan menghilangkan iman kita. Hal itu menjadi salah satu sebab seseorang meninggal dalam keadaan su’ul khotimah.Seperti dikisahkan seseorang yang meninggal ketika melihat gambar-gambar yang penuh maksiat di televisi dalam keadaan hatinya mati. Dan ia menjalani sakaratul maut dengan susah payah.

Sebaliknya, hati-hati yang sholih akan meninggal dalam keadaan mengingat para Nabi, Sayyidah Fatimah, dan Sayyidah Khadijah, sahabat, kaum Muhajirin dan Anshor. Dan kelak akan dibangkitkan bersama mereka.

Beberapa orang ketika sakaratul maut tak bisa berkata LailahaillAllah,bahkan setelah di talqin tiga kali. Namun mereka dapat mengucap kata selain LailahaillAllah SWT. Ketika ditanyakan kepada salah satu mayat di dalam mimpi, Kenapa engkau tak bisa berkata Lailahaillah? Ia pun menjawab, Yang mencegah saya berkata LailahaillAllah SWT adalah pandangan-pandangan haram ketika saya di dunia. Itulah hal yang mencegah antara kita dan Allah SWT (Lailahaillah).

Saturday, November 30, 2013

HIMPUNAN HADITH2 BERKAITAN AHL-BAYT SEBAGAI RUJUKAN

1 - Dalam kitab Makarim al-Akhlaq terdapat hadits yang berbunyi:
إنما انا بشر مثلكم أتزوّج فيكم وأزوّجكم إلا فاطمة فإن تزويجها نزل من السّماء , ونظر رسول الله إلى أولاد علي وجعفر فقال بناتنا لبنينا وبنونا لبناتنا
“Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian, kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah swt). Kemudian Rasulullah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja’far, dan beliau berkata : Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak laki kami hanya menikah dengan anak-anak perempuan kami”.

 2 - Hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani, Al-Hakim dan Rafi’i:
فإنهم عترتي, خلقوا من طينتي ورزقوا فهمي و علمي, فويل للمكذّبين بفضلهم من أمتي القاطعين منهم صلتي لا أنزلهم الله شفاعتي
“…maka mereka itu keturunanku diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikaruniai pengertian serta pengetahuannku. Celakalah (neraka wail) bagi orang dari ummatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak akan menurunkan syafa’atku- HR Thabrani, Al-Hakim dan Rafi’i.

3 - ” Syurga diharamkan Allah bagi orang yang berlaku zalim terhadap Ahli baitku (ahli keluarga Nabi saw) dan menggangguku melalui keturunanku”– HR Imam Ahmad

 4 - Siti Fatimah az-Zahra juga mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda, “Setiap anak-cucu Adam memiliki hubungan nasab yang dinisbatkan pada ayahnya, kecuali anak-keturunan Fatimah. Sesungguhnya akulah wali mereka dan aku pula yang menjadi ikatan (dalam hal keturunan) mereka”.-  HR Ath-Thabrani 

5 -  Jabir mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,“Setiap anak dari seorang ibu dalam suatu klan dinisbatkan kepada mereka kecuali dua anak Fathimah maka saya adalah wali dan klan keduanya.”-  HR Al-Hakim 

6 -  Jabir ibn Abdillah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menjadikan anak keturunan setiap nabi dari tulang rusuknya, tetapi Allah menjadikan keturunanku dari tulang rusuk Ali ibn Abi Thalib ra.”-  HR Ath-Thabrani dan Al-Khatib

7 - Nabi saw bersabda : ” Allah amat murka ke atas orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku”– HR. Imam Dailami.

8 - ” Sesungguhnya kalian akan diuji mengenai urusan yang ada kait-mengait dengan ahli keluargaku (Ahlul Bait), sesudah peninggalanku nanti.”- HR Imam Tabrani dlm Al-jami’ul Kabir dari Imarah Ibnu Yahya ibnu Khalid dari ‘Arafathah RA.

9 - Sabda Nabi saw :     ” Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga dia lebih mencintai aku daripada dirinya, lebih mencintai keturunanku lebih daripada keturunannya sendiri, lebih mencintai keluargaku daripada keluarganya, lebih mencintai zatku daripada zatnya sendiri”– HR Thabarani, Al-Baihaqi & Ad-Dailami

10 - Telah bersabda Nabi saw :     ” Aku melaknat enam golongan yang mana Allah swt dan seluruh para nabi jua melaknatnya iaitu : Orang yang menambah-nambah dalam agama, orang yang mendustakan takdir (ketentuan) Allah, orang yang berkuasa dengan kejam menghina orang yang dimulikan Allah dan memuliakan orang yang Allah hinakanny., orang yang meninggalkan sunnahku, orang yang menghalalkan apa yang Allah haramkan, dan orang yang menghalalalkan apa-apa yang Allah haramkan mengenai keturunanku”– HR. Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Ad-Dailami, Al-Khatib dan Kitab Al-Jami’.

11 -  Amirul Mukminin Saidina Omar bin Khattab RA pernah berkata :” Aku akan melarang wanita-wanita dari keturunan yang mulia menikah melainkan dengan lelaki yang setaraf dengannya.” – Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni

12 -  Riwayat Salman al-Farisi:نهانا رسول الله أن نتقدم أمامكم أو ننكح نساءكم“Sesungguhnya Rasulullah telah melarang kami untuk memimpin (mengimami) kamu atau menikahi wanita-wanita kamu.” (Yakni melarang lelaki non arab menikahi perempuan arab) 

13 - Sabdanya lagi:     ” Mengapa masih ada orang-orang yang mengganggu diriku melalui nasabku dan kaum kerabatku? Sememangnya barang siapa yang mengganggu nasabku dan kaum kerabatku bererti ia menggangguku, dan barang siapa yang menggangguku bererti ia mengganggu Allah swt”– HR. Assabus Sunan, Sahih 

14 -   Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasullullah saw. Pernah bersabda,“Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan pernah tersesat setelahnya.  Keduanya adalah Kitabullah dan Sunnah-ku.  Keduanya tidak akan pernah berpisah hingga menjumpaiku ditelaga syurga kelak. - HR Al-Bazaar 

15 -  Abu Hurairah mengatakan, bahawa Ali pernah berkata,“Ya Rasullullah, manakah yang lebih kamu cintai, aku ataukah Fatimah.” Jawab Nabi saw. “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, dan bagiku engkau lebih mulia daripadanya.”- HR Ath-Thabrani dlm kitabnya Ausath . 

16 -  Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya. Oleh kerana itu, cintailah dia, dan cintailah siapa saja yang mencintainya.” Rasullullah saw lantas mendekapnya.- HR Ibn Majah dan Ahmad. 

17 -  Abu Hurairah ra mengatakan bahawa Rasullullah saw suatu ketika pernah memandang Ali, AlHasan, AlHusain dan Fatimah, semoga selawat Allah dilimpahkan atas mereka.Kemudian beliau bersabda,“Aku akan memerangi orang yang memerangi kalian dan aku akan berdamai dengan orang yang berdamai dengan kalian”. - HR Ahmad dan Ath-Thabrani. 

18 -  Ibn Abbas berkata bahawa Rasullullah saw bersabda,“Hendaklah kalian mencintai Allah kerana berbagai nikmat yang telah Dia berikan kepada kalian, hendaklah kalian mencintaiku demi kecintaan kalian kepada Allah, dan hendaklah kalian mencintai Ahlul Baitku demi kecintaan kalian kepada diriku.- HR At-Tarmidzi, sekaligus menghasankannya; Ath-Thabrani; dan Al-Hakim. 

19 -  Ibn Abbas juga mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Perumpamaan Ahlul-Baitku adalah seperti bahtera Nabi Nuh. Siapa saja yang menumpanginya selamat dan siapa saja yang meninggalkannya tenggelam (celaka).”- HR Al-Bazaar. 

20 -  Ibn Abbas juga berkata,“Barangsiapa yang mengerjakan amal kebajikan.” Kebajikan yang dimaksudkan adalah mencintai keluarga Nabi Muhammad.- HR Ibn Abi Hatim    

18 -  Ibn Abbas juga mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Kebencian terhadap Bani Hasyim dan kaum Anshar adalah salah satu bentuk kekafiran, sementara kebencian terhadap orang Arab adalah salah satu bentuk kemunafikan.”- HR Ath-Thabrani

19 - Ibn Abbas ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Bintang-bintang adalah sebagai media pengaman bagi penduduk bumi dari ketenggelaman dan Ahlul Baitku adalah media pengaman bagi umatku dari perpecahan. Apabila suatu golongan menentangnya maka mereka akan pecah dan tercerai-berai, sehingga mereka menjadi pengikut iblis.”-  HR Imam Al-Hakim. 

20 -  Ibn Abbas ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Setiap hubungan keluarga dan nasab terputus pada Hari Kiamat kecuali hubungan keluarga dan nasabku”.- HR Ath-Thabrani 

21 -  Ibn Umar ra menyatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,“Setiap nasab dan hubungan kekerabatan akan terputus pada Hari Kiamat kecuali nasab dan hubungan kekerabatanku.” -  HR Ibn Asakir dlm Tarikh nya 

22 -  Ibn Abbas ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Tidak akan tergelincir kaki seseorang hamba sebelum ia ditanya tentang empat perkara: Tentang umurnya, bagaimana ia menghabiskannya, Tentang tubuhnya, bagaimana ia menggunakannya, Tentang hartanya, bagaimana ia membelanjakannya dan bagaimana pula cara memperolehnya, Serta tentang kecintaannya terhadap Ahlul Bait.”- HR Ath-Thabrani.  

23 -  Ibn Abbas pernah mengatakan bahawa tatkala turun ayat:Katakanlah “Aku tidak meminta imbalan kepada kalian atas seruanku selain kasih-sayang kepada kerabat (keluarga)-ku”,   para sahabat bertanya,“Wahai Rasullullah saw, Siapakah kerabat kamu yang wajib kami kasihi?”,Rasullullah saw bersabda, “Mereka adalah Ali, Fatimah, anak-anaknya, dan cucu-cucunya.”-  HR Al-Mundzir, Ibn 

24 -  Berkaitan dengan tafsir firman Allah,“Kelak Tuhanmu akan memberikan kurniaNya kepadamu sehingga kamu menjadi puas,”Ibn Abbas menjelaskan bahawa diantara rasa puas dan suka cita Muhammad Rasullullah saw ialah kerana Allah tidak akan memasukkan salah seorang pun dari kalangan Ahlul Bait beliau kedalam api neraka.”- HR Ibn Jarir . 

25 -  Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda kepada Fatimah,“Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksamu dan juga anak-anakmu.”- HR Ath-Thabrani 

26 -  Ali ra mengatakan bahawa dirinya pernah mendengar Rasullullah saw bersabda,“Orang yang pertama kali menemuiku di telaga syurga adalah Ahlul Baitku.”-  HR Ad-Dailami  

27 -  Ibn Mas’ud mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,“Sesungguhnya Fatimah sentiasa menjaga kehormatannya oleh kerananya Allah mengharamkan bagi dia dan anak-keturunannya dari api neraka.”-  HR Al-Bazaar, Ath-Thabrani dan Ibn Syahin, Abu Ya’la, AlAqili dalam As-Sunnah 

28 -  Zaid ibn Tsabit r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,“Sesungguhnya aku telah meninggalkan ditengah-tengah kalian dua pimpinan, iaitu Kitabullah yang merupakan tali yang terbentang antara bumidan langit, serta keturunanku, yakni Ahlul Bait-ku. Keduanya sekali-kali tidak akan terpisah sampai menemuiku ditelaga syurga.”-  HR Ahmad dan Ath-Thabrani 

30 -  Sa’id ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Sesungguhnya aku telah meninggalkan di-tengah-tengah kalian perkara. Apabila kalian berpegang teguh padanya maka kalian tidak akan tersesat, iaitu Kitabullah, hujung yang satu ada pada Allah dan hujung yang lain ada pada kalian; serta keturunanku, yakni Ahlul Baitku. Keduanya tidak akan terpisah sampai menemuiku di telaga syurga.”-  HR Al-Mawardi 

31 -  Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah saw juga pernah bersabda kepada Ali,“Engkau adalah wali bagi setiap orang Mukmin setelahku.”- HR Abu Daud 

32 -  Abu Sa’id Al-Khudriy r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda,“Al-Hasan dan Al-Husain adalah penghulu para pemuda ahli Syurga. Sedangkan Fathimah adalah penghulu para wanita penghuni syurga, selain Maryam binti Imran.”- HR Ahmad dan Al-Hakim 

33 -  Abu Sa’id al Khudri berkata bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Siapa saja yang membenci kami Ahlul Bait, bererti dia seorang munafik.”- HR Ibn‘Adi dalam Al-Kamil. 

34 -  Abu Sa’id al-Khudri juga meriwayatkan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidaklah seseorang membenci kami, Ahlul Bait, kecuali Allah akan memasukkannya kedalam Neraka.”- HR Ibn Hibban didalam Shahihnya dan alHakim. (Hadis ini sahih berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim). 

35 -  Abu Sa’id al-Khudri ra telah mengatakan bahawa Ahli Bait adalah orang-orang yang telah dihilangkan dosanya dan telah dibersihkan sebersih-bersihnya oleh Allah.Nabi saw lantas menghitung dengan tangannya dan berkata, “Rasullullah Saw, Ali, Fatimah, AlHasan, dan Al-Husain.” Abu Sa’id berkata, “Ayat ini turun dirumah Ummu Salamah.”-  HR Ath-Thabrani

36 -  Abu Sa’id al-Khudri ra mengatakan bahawa Rasullullah telah bersabda,“Ada tiga perkara yang barangsiapa menjaganya, nescaya Allah akan menjaga agama dan dunianya. Dan barangsiapa yang mengabaikannya maka Allah tidak akan manjagainya apa pun. Ketiganya adalah: (1) Kehormatan Islam  (2) Kehormatanku  (3) Kehormatan kerabatku.”- HR Al-Hakim dalam Tarikh-nya dan Ad-Dailami 

37 -  Abu Sa’id ra mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,“Sesungguhnya Allah membenci orang yang makan terlalu kenyang, orang yang lalai dari ketaatan terhadap Tuhannya, orang yang meninggalkan sunnah Nabinya, orang yang ingkar janji, orang yang memusuhi keturunan Nabinya, dan orang yang menganiaya tetangganya.”- HR Ad-Dailami. 

38 -  Abu Sa’id ra mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,“Ahlul Baitku dan kaum Ansar adalah tenteraku dan koperbesarku, maka terimalah kebaikan dari mereka dan maafkanlah kehinaan mereka.”- HR Ad-Dailami  39 -  Abu Sa’id ra telah mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,“Allah sangat marah terhadap orang yang menyakiti anak keturunanku sebab bererti mereka telah menyakitiku juga.”- HR Ad-Dailami 

40 -  Ali bin Abi Thalib ra mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda’“Barangsiapa yang tidak mengetahui hak-hak anak cucuku dan kaum ansar, bererti dia termasuk kedalam salah satu dari tiga golongan manusia; boleh jadi ia seorang munafik, atau penzina, atau ia dilahirkan oleh ibu tidak suci (yakni kandungan ibunya tidak suci).”- HR Ibn ‘Adi dan AlBayhaqi dalam Sya’b alIman. 

41 -  Ali bin Abi Thalib ra mengatakan bahwa Rasullullah saw pernah bersabda,“Sesungguhnya aku ini sedang digenggam.  Sesungguhnya aku telah meninggalkan dua perkara yang sangat berat, iaitu Kitabullah dan Ahlul Bait-ku. Sesungguhnya kalian tidak akan pernah tersesat keduanya.”-  HR Al Bazaar 

42 -  Ali r.a mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Siapa saja yang berbuat suatu kebajikan kepada salah seorang dari Ahlul Baitku maka akulah yang akan membalasnya pada hari Kiamat kelak.”-  HR Ibn Asakir 

43 -  Ali ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Didiklah anak-anak kalian mengenai tiga perkara iaitu mencintai Nabi kalian, mencintai Nabi kalian, mencintai Ahlul Baitnya dan membaca AlQuran – kerana para pengembang AlQuran berada didalam naungan Allah yang tidak ada naungan pada hari Kiamat kecuali naunganNya – bersama para nabi dan orang-orang yang mensucikannya.”-  HR Ad-Dailami   

44 -  Ali ra telah mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Orang yang paling teguh diantara kalian diatas sirah adalah orang yang paling dalam cintanya pada Ahlul Baitku dan para sahabatku.”-  HR Ad-Dailami 

45 -  Ali k.w mengatakan bahawa sesungguhnya dirinya suatu ketika pernah masuk kerumah Nabi saw.  Nabi saw lantas membentangkan baju lebarnya. Kemudian duduklah diatasnya Nabi saw, Ali, Fathimah, Al-Hasan, Al-Husain. Selanjutnya Nabi saw meraih mereka dan memeluk mereka semuanya, lalu beliau berdoa, “Ya Allah, redhailah mereka sebagaimana aku juga meredhai mereka.”-  HR Ath-Thabrani 

46 - Ali ra mengatakan bahawasanya Rasullullah saw hari pernah menggenggan tangan Al-Hasan dan Al-Husain ra lalu beliau bersabda,“Barangsiapa mencintaiku dan mencintai kedua anak ini serta mencintai kedua orang tuanya. Mereka semuanya akan bersamaku dalam darjatku di syurga.” (Dalam lafaz lain berbunyi “….. ayah dan ibu keduanya akan bersama ku dalam darjatku pada Hari Kiamat.”-  HR At-Tirmidzi 

47 -  Ali ra mengatakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda,“Aku beserta Fathimah, Al-Hasan dan Al-Husain akan dikumpulkan bersama-sama. Siapa saja yang mencintai kami pada Hari Kiamat, kami makan dan minum hingga menjadi pembeza antara hamba.”-  HR Ath-Thabrani dan Ibn Sakir 

48 -  Ali r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,“Syafaatku atas umatku hanya berlaku bagi mereka yang mencintai Ahlul Bait-ku.”-  HR Al-Khatib dalam Tarikh-nya 

49 -  Ali r.a. mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,“Manusia yang paling baik adalah orang Arab; orang Arab yang paling baik adalah orang Quraisy; dan sebaik-baiknya orang Quraisy adalah Bani Hasyim.”-  HR Ad-Dailami. 

50 -  Ali r.a. juga mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda,“Ada empat orang yang akan aku beri syafaat nanti pada Hari Kiamat, iaitu: orang yang memuliakan anak-keturunanku: orang yang memenuhi keperluan-keperluan mereka: orang yang menolong urusan mereka ketika mereka memerlukan pertolongannya: dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lisan yang tulus.”-  HR Ad-Dailami.  

51 -  Hasan bin Ali r.a mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Segala sesuatu itu memiliki asas. Asas Islam kecintaan terhadap para sahabat Rasullullah Saw dan kecintaan terhadap Ahlul Baitnya.”-  HR Ibn An-Najjar.  

52 -  Abu Bakar ash-Shiddiq pernah berkata,“Hendaklah kalian memperhatikan dan menjaga Muhammad dengan memperhatikan dan menjaga Ahlul Bait beliau.-  HR AlBukhari 

53 -  Umar ra mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda, “Orang yang pertama kali aku beri syafaat dari kalangan umatku adalah Ahlul Baitku.”-  HR ath-Thabrani 

54 -  Othman ibn Affan mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,“Barangsiapa yang berbuat sesuatu terhadap seseorang dari keturunan Abdul Muthalib didunia, maka akulah yang akan membalaskannya kalau dia bertemu aku.”-  HR Al-Khatib. 

55 - Maimun, pembantu Rasullullah Saw telah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,  “Sesungguhnya kami adalah Ahlul Bait. Kami dilarang untuk memakan shadaqah. Sesungguhnya demi Pemimpin diri kami, kami tidak memakan shadaqah.”-  HR Ahmad, Al-Baihaqi, Ibn Mundih dan Ibn Asakir 

56 - Jabir ibn Abdillah mengatakan “Rasullullah saw pernah berbicara kepada kami. Aku sendiri mendengar beliau bersabda, “Wahai manusia, siapa saja yang membenci kami, Ahlul Bait, nescaya Allah akan membangkitkan dirinya pada hari Kiamat sebagai orang Yahudi”.-  HR Ath-Thabrani dalam Al-Awsath 

57 - Jabir mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Wahai manusia, aku telah meninggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian menggunakannya tidak akan tersesat selamanya iaitu AlQuran dan Ahlul Bait keturunanku.”-  HR At-Tarmidzi dan ia menghasankannya. 

58 - Ibn Umar ra mengatakan bahawa yang terakhir sekali dikatakan Rasullullah saw adalah sabdanya,   “Gantikanlah kedudukanku terhadap Ahlul Baitku.”-  HR Ath-Thabrani dalam Al-Awsath.  

59 -  Ibn Umar ra mengatakan bahawa Rasullullah saw telah mempersaudarakan satu orang sahabat dengan sahabat lainnya. Lalu datanglah Ali dengan air mata berlinang, ia berkata,“Ya Rasullullah, engkau telah mempersaudarakan sahabat-sahabatmu, tetapi engkau tidak mempersaudarakanku dengan seorang pun.”  Rasullullah pun lantas bersabda,“Engkau adalah saudaraku didunia dan diakhirat.”-  HR At-Tarmidzi 

60 -  Annas r.a mengatakan bahawa Rasullullah saw bersabda,“Tuhanku telah berjanji kepadaku tentang Ahlul Baitku, bahawa barangsiapa yang menyakini ketahui dan Allah dan menyakiniku dengan sempurna maka Allah tidak akan menimpakan azab kepada mereka.”-  HR Imam Al-Hakim. 

61 -  Abdurrahman ibn Awf mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,“Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah pendahulu bagi kalian. Aku mewasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada keluargaku, tempat kembali kalian adalah telaga syurga.”- HR Al-Hakim 

62 -  Zaid ibn Arqam pernah berkata bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Aku peringatkan kalian kepada Allah dalam kaitannya dengan Ahlul Baitku.”-  HR Muslim, At-Tarmidzi, dan An-Nasa’i. 

63 - Zaid ibn Arqam mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda yang ditujukan khusus kepada Ali, Fathimah, Al-Hasan dan Al-Husain,“Aku akan memerangi orang yang memerangi kalian dan aku akan pun berdamai dengan orang yang berdamai dengan kalian.”-  HR At-Tirmidzi 

64 -  Abu Musa mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,  “Aku, Fathimah, Al-Hasan dan Al-Husain pada Hari Kiamat kelak berada dalam kubah dibawah Arasy.”-  HR Ath-Thabrani 

65 -  Abu Dzar mengatakan, “Saya pernah mendengar Rasullullah saw bersabda,“Perumpamaan Ahlul Bait-ku di-tengah-tengah kalian adalah saperti bahtera Nabi Nuh di tengah-tengah kaum Nuh.  Siapa saja yang menumpanginya selamat dan siapa saja yang meninggalkannya tenggelam.  Perumpamaan Ahlul Bait-ku adalah juga seperti pintu Bani Israel.” -  HR Ath-Thabrani 

66 -  Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah saw juga pernah bersabda kepada Ali,“Engkau adalah wali bagi setiap orang Mukmin setelahku.”- HR Abu Daud 

67 -  Al-Bara ibn Azib mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. pernah bersabda kepada Ali ibn Abi Thalib,   “Engkau adalah bahagian dari diriku dan aku adalah bahagia dari dirimu.-  HR Al-Bukhari dan Ath-Tirmidzi. 

68 -  Al-Muthallib ibn Rabi’ah bertutur bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Belumlah keimanan dikatakan masuk kedalam kalbu seorang Muslim, kecuali jika dia telah mencintai kalian kerana Allah dan keluargaku.”-  HR Ahmad; At-Tirmidzi, sekaligus mensahihkannya; An-Nasa’I dan Al-Hakim. 

69 -  Al-Muthalib ibn Abdilllah ibn Hintab mengatakan hadis dari bapanya. Ia meriwayatkan bahawa Rasullullah saw pernah menyampaikan khutbah kepada kami di Zahfahh.Beliau bertanya,  “Bukankah aku orang yang lebih utama daripada kalian?”Mereka menjawab, “Benar, ya Rasullullah.”Nabi saw melanjutkan, “Aku meminta kepada kalian dua perkara iaitu AlQuran dan keluargaku.” -  HR Ath-Thabrani. 

70 -  Abu Barzah mengatakan, “Saya menunaikan solat bersama Rasullullah saw selama tujuh belas bulan. Apabila beliau keluar dari rumahnya, beliau mendatangi pintu rumah Fatimah seraya bersabda, “Selawat atas kamu sekelian – Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu …… dan seterusnya.”-  HR Ath-Thabrani 

71 -  Abu alHamra mengatakan, “Saya melihat Rasullullah saw suatu ketika mendatangi pintu rumah Fatimah selama enam bulan. Beliau kemudian membacakan firman Allah:“Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkanmu sebersih-bersihnya.”-  HR Ath-Thabrani 

72 -  Abu Bakrah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,“Sesungguhnya anakku ini (Al-Hasan bin Ali) adalah pemimpin. Mudah-mudahan Allah mendamaikan diantara dua golongan besar dalam tubuh kaum Muslimin dengan perantaraannya.”-  HR Ahmad, Al-Bukhari dan At-Tirmidzi. 

73 - Abu Hazm mengatakan: Sesungguhnya aku menyaksikan hari kematian al-Hasan. “Lalu ia menyebut kisahnya. Maka Abu Hurairah ra telah berkata bahawa dirinya pernah mendengar Rasullullah saw bersabda:“Barang siapa yang mencintai keduanya bererti ia telah mencintaiku, dan barangsiapa yang membenci keduanya bererti sungguh ia telah membenciku- yakni Al-Hasan dan Al-Husain.”-  HR Ahmad 

74 -  Salmah ibn al-Akwa mengatakan bahawa Rasullullah saw pernah bersabda,“Binatang-binatang adalah pelindung penduduk langit, sedangkan Ahlul Bait-ku adalah pelindung umatku.”-  HR Ibn Abi Syaybah dan Musaddad dlm musnad masing2; Al-Hakim At-Tarmizi dlm Nawadir al-Ushul, dan Ath-Thabrani . 

75 - Salman mengatakan, “Hendaklah kalian menjadikan kedudukan keluarga Muhammad sebagaimana kedudukan kepala pada jasad dan kedudukan dua mata pada kepala, kerana sesungguhnya jasad itu tidak harus diberi petunjuk kecuali dengan kepala, dan kepala tidak perlu memberi petunjuk kecuali dengan dua mata.”-  HR Ath-Thabrani 

76 -  Amr ibn Syu’aib telah mengatakan bahawa dirinya pernah masuk kerumah Zainab binti Abi Salmah. Zainab lantas bercerita kepadanya bahawa ketika Rasullullah berada dirumahnya, Beliau membawa Al-Hasan dan Al-Husain, sementara Fatimah berada dikamarnya.Rasullullah saw kemudian bersabda,“Rahmat Allah kepada kalian semuanya, wahai Ahlul Baitku, Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”-  HR Ath-Thabrani

77 -   Khalid ibn Urthufah mengatakan bahawa Rasullullah saw telah bersabda,“Sesungguhnya kamu sekelian akan bercerai-berai kerana Ahlul Baitku sesudahku.”

-Sy Hasanah Al-yahya-