Saturday, December 7, 2013

AllAh WUJuD tanpa TEMPAT!!

JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran العرش استوى الرحمن على dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولامكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

No comments:

Post a Comment