Sunday, December 8, 2013

HARAAM bagi para wanita memasang foto WAJAHnya dimedia

AL HABIB UMAR bin Hafidz Berkata HAROMUN.. Yg artinya HARAAM bgi para wanita memasang fotonya dimedia. Sama saja mereka MENJUAL DIRINYA - duhai saudariku dengar pringatan ini. Jutaan manusia di Surabaya banyak yg menangis,, terutama syarifah dan habaibnya, disaat HABIB UMAR BIN HAFIDZ menerangkan alat media zaman sekarang,,Karna salah satu diantara mereka ada yg bertanya tentang FOTO-FOTO para SYARIFAH yg selalu di panjang di media BB,FB dll,, Habib Umar bin Hafidz menerangkan dengan gamblang "HAROMUN" Sama saja meraka menjual dirinya,, Mereka tidak sadar siapa diri mereka yg sllu tersambung oleh ROSULULLAAH, merka rela memperlihatkan keindahan wajahNya demi diperlihatkan oleh jutaan laki laki... Allahumma ba'idna.. Semoga bermanfaat & menjadi renungan.. Wallahu a'lam. 

-via fb Fauzie achmad (ahli Majelis Rasulullah)- 

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳﻴّﺪﻧﺎﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳﻴّﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪ 

Saturday, December 7, 2013

Apakah Maksud "Ahli Sunnah Waljama`ah" & Siapakah Mereka???

Dari sudut bahasa,  perkataan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah merupakan suatu istilah yang tersusun daripada rangkaian tiga suku kata:
Pertama, perkataan Ahlu yang bererti keluarga, pengikut atau golongan[1].
Kedua, perkataan al-Sunnah.
Dari sudut literal perkataan al-Sunnah mempunyai pengertianal-Thariqah (jalan atau perilaku), baik jalan dan perilaku tersebut benar atau tidak.
Manakala dari sudut terminologi, al-Sunnah mengandung erti; jalan yang ditempuh oleh Nabisallallahu`alaihi wasallam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan hawa nafsu.[2]
K. H. Hasyim al-Asy`ari mengatakan:[3]
"السُّنَّةُ  كَمَا قَالَ أَبُو الْبَقَاءِ فِيْ كُلِّيَّاتِهِ: لُغَةً الطَّرِيْقَةُ وَلَوْ غَيْرَ مَرْضِيَّةً، وَشَرْعًا اسْمٌ لِلطَّرِيْقَةِ الْمَرْضِيَّةِ الْمَسْلُوْكَةِ فِي الدِّيْنِ سَلَكَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ غَيْرُهُ مِمَّنْ هُوَ عَلَمٌ فِي الدِّيْنِ كَالصَّحَابَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ، لِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ مِنْ بَعْدِيْ".
Maksudnya: "al-Sunnah seperti yang telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ di dalam kitab al-Kulliyyat, karangannya, secara literalnya adalah jalan, meskipun (jalan tersebut) tidak diredhai. Manakala al-Sunnah menurut istilah syara` adalah; nama bagi jalan dan perilaku yang diredhai di dalam agama yang ditempuhi oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau orang-orang yang dapat menjadi teladan dalam beragama seperti para sahabat radiyallahu`anhum, berdasarkan sabda Nabi sallallahu`alaihi wasallam, Ikutilah sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin sesudahku". 
Ketiga, perkataan al-Jama`ah. Dari sudut bahasa, perkataan al-Jama`ah ialah segolongan manusia yang bersama-sama secara kolektif dalam mencapai suatu tujuan, sebagai antonim daripada perkataan al-Firqah iaitu sekelompok manusia yang bercerai dan memisahkan diri daripada kelompoknya yang asal. Adapun dari sudut agama, perkataan al-Jama`ah membawa maksud; majoriti kaum Muslimin (al-Sawad al-A`zam), dengan erti bahawa Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah adalah sebuah aliran yang diikuti oleh majoriti kaum Muslimin, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Harari (1328-1429 H/1910-2008 M), berikut ini:[4] "لِيُعْلَمْ أَنَّ أَهْلَ السُّنَّةِ هُمْ جُمْهُوْرُ الأُمَّةِ الْمُحَمَّدِيَّةِ وَهُمُ الصَّحَابَةُ وَمَنْ تَبِعَهُمْ فِي الْمُعْتَقَدِ أَيْ فِيْ اُصُوْلِ الاِعْتِقَادِ...وَالْجَمَاعَةُ هُمُ السَّوَادُ الاَعْظَمُ". Maksudnya: "Hendaklah diketahui bahawa Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah adalah majoriti umat Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Mereka adalah para sahabat dan golongan yang mengikuti mereka dalam perinsip-perinsip akidah…Sedangkan al-Jama`ah adalah majoriti terbesar (al-Swad al-A`zam) [daripada kaum muslimin]".  Pengertian perkataan al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin)dilihat seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[5] "عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَقُوْلُ, سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّ أُمَّتِيْ لا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلالَةٍ, فَإِذَا رَأَيْتُمْ اِخْتِلافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الأَعْظَمِ". Maksudnya: "Dari Anas bin Malik radiyallahu`anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. [Oleh sebab itu,] apabila kamu melihat terjadinya sesuatu perselisihan, maka hendaklah kamu ikuti kelompok yang majoriti".  Pengertian bahawa al-Jama`ah adalah al-Sawad al-A`zam (majoriti kaum Muslimin) juga adalah seiring dengan hadis Nabi sallallahu`alaihi wasallam:[6] "عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ, قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلاثٌ لا يَغِلُّ عَلَيْهِنَّ قَلْبُ الْمُؤْمِنِ: إِخْلاصُ الْعَمَلِ، وَالنَّصِيْحَةُ لِوَلِيِّ الأَمْرِ، وَلُزُوْمُ الْجَمَاعَةِ، فَإِنَّ دَعْوَتَهُمْ تَكُوْنُ مِنْ وَرَائِهِمْ". Maksudnya:"Ibn Mas`ud telah berkata, Nabi sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Tiga perkara yang dapat membersihkan hati seseorang mukmin daripada sifat yang tidak baik, iaitu ikhlas dalam beramal, berbuat baik kepada penguasa dan selalu mengikuti (beriltizam/melazimi) kebanyakan kaum Muslimin kerana doa mereka akan selalu mengikuti mereka".  Hadis ini memberikan pengertian bahawa orang yang selalu mengikut mainstream majoriti kaum Muslimin dalam urusan akidah dan amal saleh, maka keberkatan doa mereka akan selalu mengikuti dan melindunginya daripada sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Manakala bagi mereka yang keluar dari mainstream majoriti kaum Muslimin, maka mereka tidak akan memperoleh barakah doa mereka, sehingga mereka tidak akan terpelihara daripada terjebak dengan sifat dengki dan kesesatan dalam beragama. Hadis tersebut secara tidak langsung mendorong kita agar selalu menjaga kebersamaan dengan majoriti kaum Muslimin[7]. Kedua, hadis di atas juga memberikan pengertian bahawa golongan yang terselamat adalah golongan majoriti[8]. Pengertian ini adalah sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidikerana jika dilihat dari sudut waqi` dan realiti sejak zaman berzaman, perinsip-perinsip ajaran kedua-dua aliran ini telahpun diikuti oleh majoriti kaum Muslimin di dunia dari dahulu sehingga kini. Di samping itu, hadis tersebut juga merupakan dalil keharusan mengikuti mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana mengikuti kedua-dua aliran ini bererti mengikutimainstream majoriti kaum Muslimin, manakala berlepas diri daripada mazhab al-Asy`aridan al-Maturidi bererti keluar daripada mainstream majoriti kaum Muslimin. Dari sudut yang lain, terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat bahawa maksud al-Sawad al-A`zam di dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada majoriti para ulama’ yang memiliki ilmu yang mendalam dan pendapat mereka ini dapat diikuti (mu`tabar). Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Abdullah bin al-Mubarak, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain[9]. Maka jika diteliti, pendapat ini adalah turut sesuai dengan mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi kerana berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji ditambah pula dengan kesepakatan para pakar, mazhab al-Asy`ari dan al-Maturidi merupakan dua aliran di bidang akidah yang telah diikuti oleh majoriti para ulama’ dari kalangan ahli fiqh, ahli tafsir, ahli tasawuf dan lain-lain. Realiti bahawa majoriti ulama’ terkemuka dalm dunia Islam sejak zaman berzaman mengikuti mazhab al-Asy`ari turut diakui oleh Abdurrahman bin Salih al-Mahmud (tokoh rujukan Wahhabi) yang mengatakan:[10] "Di antara sebab terbesarnya mazhab al-Asy`ari ialah, bahawa majoriti ulama’ berpegangan dengan mazhab tersebut dan menjadi pembelanya, lebih-lebih lagi para fuqaha’ mazhab al-Syafi`e dan al-Maliki…Tokoh-tokoh yang  beraliran al-Asy`ari antara lain adalah al-Baqillani, Ibn Furak, al-Baihaqi, al-Isfirayinni, al-Syirazi, al-Juwayni, al-Qusyairi, al-Baghdadi, al-Ghazzali, al-Razi, al-Amidi, al-`Izz bin Abdissalam, Badruddin bin Jama`ah, al-Subki dan masih banyak ulama’-ulama’ yang lain. Mereka bukan sekadar pengikut kepada mazhab al-Asy`ari sahaja, bahkan mereka juga bertindak sebagai penulis dan penyeru kepada mazhab ini. Oleh sebab itu mereka telah menyusun sekian karangan dan mempunyai pelajar yang begitu ramai".  Hadis-hadis di atas secara realitinya tidak tepat untuk disandarkan kepada aliran-aliran sesat seperti Syi`ah Imamiyyah, Syi`ah Zaidiyyah, Khawarij, Wahhabi (mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai kaum muda atau Salafi) dan lain-lain, kerana mereak ini tidak lain hanyalah terdiri daripada kelompok minoriti umat Islam, atau dala kata yang lain, aliran-aliran sesat ini hanya diikuti oleh sebahagian kecil kaum muslimin. Hal tersebut berbeza dengan aliran al-Asy`ari dan al-Maturidi yang diikuti oleh majoriti kaum muslimin, baik dari kalangan orang awam mahupun dari kalangan cendiakawan, ilmuwan dan para ulama’. Dewasa ini, dengan berpendapat bahawa jumlah majoriti tidak dapat menjadi bukti terhadap benar dan tidak benarnya sesuatu ajaran, golongan Wahhabi telah berusaha untuk mengelirukan fahaman yang terbit daripada hadis di atas dan hadis-hadis lain yang serupa dengannya dari sudut redaksi. Menurut mereka, justeru dengan kelompok mereka (Wahhabi) yang sedikit telah menjadi bukti bahawa merekalah sebenarnya kelompok yang benar, kerana di dalam al-Qur’an sendiri sering kali disebutkan bahawa kebenaran adalah bersama kelompok yang jumlahnya minoriti, sepertimana [menurut mereka] di dalam ayat, “Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh dan  amat sedikitlah mereka ini”. (Surah Shad (38): 24), “Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur”.(Surah Saba’ (34): 13) dan ayat, “Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain)”. (Surah Yusuf (12): 106) dan lain-lain. Anggapan serta dakwaan golongan Wahhabi tersebut tidak dapat diterima sama sekali. Para ulama’ mengatakan bahawa ketiga ayat di atas tidak tepat untuk dijadikan dalil bagi membenarkan kelompok yang memiliki jumlah yang minoriti berdasarkan beberapa premis. Pertama, berkaitan dengan dua ayat yang pertama, perkataan “sedikit”, dalam dua potong ayat tersebut, perlu diletakkan pada konteks “sedikit” yang relatif dan nisbi; iaitu ada kalanya diletakkan dalam pengertian sedikit yang bersifat umum dan ada kalanya dalam pengertian sedikit yang bersifat khusus. Dalam pengertian umum, jumlah kaum Muslimin adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah kaum non-muslim. Sedangkan dalam pengertian yang khusus, kaum muslim yang ikhlas, istiqamah dan konsisten secara sempurna dalam menjalankan perintah agama adalah sedikit jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang tidak konsisten secara sempurna. Namun semua kaum muslim yang konsisten (sama ada) dengan sempurna, konsisten yang kurang sempurna, bahkan termasuk juga mereka yang tidak konsisten menjalankan perintah agama, kesemua mereka ini tetap dikatakan muslim yang beriman. Selama mereka mengikuti akidah majoriti kaum Muslimin, mereka tetap termasuk dalam kalangan  pengikut Ahl al-Sunah Wa al-Jama`ah. Kedua, penggunaan ayat yang ketiga iaitu ayat, “Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan yang lain)”. (Surah Yusuf (12): 106), terhadap majoriti kaum Muslimin adalah tidak tepat kerana berdasarkan kesepakatan para mufassirin, ayat tersebut turun kepada kaum penyembah bintang, penyembah berhala, umat Yahudi dan Kristian. Justeru, menggunakan ayat tersebut ke atas kaum Muslimin bererti mengikut tradisi kaum Khawarij sepertimana yang dikatakan oleh Ibn Umar dalam riwayat Sahih al-Bukhari.[11] Pada hakikatnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dan diteruskan oleh para sahabatnya tentang aqidah tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah tetapi masih belum tersusun secara sistematik. Maka pada zaman yang seterusnya pengajian tentang aqidah ini di susun dengan cara yang sistematik oleh dua orang ulama’ yang mahir dalam bidang Usuluddin yang besar iaitu al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari dan al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi agar mudah difahami. Disebabkan jasa mereka begitu besar terhadap umat Islam  di zamanya dan zaman selepas mereka, maka penyebutan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah selalu dikaitkan dengan kedua-dua ulama’ ini.  Berkata Sayyid Murtadha al Zabidi di dalam kitabnya “Ittihaf Sadat al-Muttaqin” syarah bagi kitab “Ihya’ `Ulumiddin” karangan al-Imam Al-Ghazali[12]. "إِذَا أُطْلِقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ فَالْمُرَادُ بِهِمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ". Maksudnya:"Apabila disebut ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka  yang dimaksudkan dengannya ialah golongan al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah (fahaman atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Abu al-Hassan Asy`ari dan Abu al-Mansur Al- Maturidi)". Berkata Syaikh Muhammad Amin yang masyhur dengan gelaran Ibn `Abidin al-Hanafi (W 1252 H) di dalam kitabnya “Radd al-Mukhtar `ala al-Durar al-Mukhtar”:[13] "قَوْلُهُ (عَنْ مُعْتَقَدْنَا) أَيْ عَمَّا نَعْتَقِدُ مِنْ غَيْرِ الْمَسَائِلِ الْفَرْعِيَّةِ مِمَّا يَجِبُ اعْتِقَادُهُ عَلَى كُلِّ مُكَلَّفٍ بِلا تَقْلِيْدِ أَحَدٍ، وَهُوَ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْ الأَشَاعِرَةُ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةُ، وَهُمْ مُتَوَافِقُوْنَ إِلا فِيْ مَسَائِلَ يَسِيْرَةٍ أَرْجَعَهَا بَعْضُهُمْ إِلَى الْخِلافِ اللَّفْظِيِّ كَمَابَيْنَ فِيْ مَحَلِّهِ". Maksudnya:"Bererti: Iaitu pada apa yang kami beriktiqad pada bukan masalah-masalah cabang (iaitu masalah akidah), daripada perkara yang wajib beriktiqad oleh setiap mukalaf tanpa taklid seseorang ialah atas jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan mereka adalah al-Asya`irah (pengikut Abu al-Hassan al-Asy`ari) dan al-Maturidiyyah (pengikut Abu al-Mansur al-Maturidi) Dan mereka adalah sama pandangan kecuali pada beberapa perkara kecil yang dirujuk oleh sebahagian mereka sebagai khilaf lafzi sahaja sebagaimana mereka menerangkannya di tempat perbincangannya". Telah berkata al-Syaikh Hassan Ibrahim di dalam kitabnya Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie:[14] "وَلَمْ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلُ السُّنَّةِ)) إِلا فِى الْعَصْرِ العَبَّاسِى الأَوَّلِ فِى الْوَقْتِ الَّذِىْ تَطَوَّرَ فِيْهِ مَذْهَبُ الْمُعْتَزِلَةِ، حَتىَّ أَصْبَحَ يُطْلَقُ اِسْمُ ((أَهْلِ السُّنَّةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَاسْمُ ((الْمُعْتَزِلَةِ)) عَلَى كُلِّ مَنْ يَأْخُذُ بِالْكَلامِ وَالنَّظَرِ. أَمَّا فِىْ صَدْرِ الإِسْلامِ فَكَانَ يُطْلَقُ عَلَى كُلِّ مَنْ يَتَمَسَّكُ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ اِسْمُ ((الصَّحَابَةِ))، لأَنَّهُمْ اِجْتَمِعُوْا مَعَ الرَّسُوْلِ وَنَاصَرُوْهُ. كَمَا أَطْلِقُ عَلَى مَنْ أَنَى بَعْدَ هُمْ الأَتْبَاعُ وَأَتْبَاعُ الأَتْبَاعِ. وَظَلَّتِ الْحَالُ كَذَلِكَ إِلَى أَنِ انْتَصَرَ أَبُوْ الْحَسَنِ الأَشْعَرِىِّ وَأَتْبَاعُهُ عَلَى الْمُعْتَزِلَةِ، وَاضْمَحَلَتْ أَكْثَرَ الْفِرَقِ الإِسْلامِيَّةِ الأَخْرَىْ، فَلَمْ يَعُدْ هُنَاكَ سِوَىْ الشِّيَعَةُ وَأَهْلُ السُّنَّةِ، فَيُقَالُ هَذَا شِيْعِىْ وَذَاكَ سَنِّىْ، وَاسْتَمَرَّتْ هَذِهِ التَّسْمِيَةُ إِلَى الْوَقْتِ الْحَاضِرِ." Maksudnya: "Istilah ahl al-Sunnah hanya digunakan bermula pada zaman permulaan kerajaan Abbasiyyah iaitu zaman di mana mazhab mu`tazilah sedang berkembang. Pada ketika itu penggunaan istilah ahl al-Sunnah merujuk kepada mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunah, manakala istilah mu`tazilah pula digunakan bagi merujuk kepada mereka yang terlibat dalam siri-siri perdebatan. Adapun pada zaman awal Islam, istilah sahabat telah digunakan bagi merujuk kepada mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah kerana mereka semua telah berhimpun bersama-sama Rasulullah dan membantu baginda. Penggunaan istilah ini berterusan sehinggalah al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari bersama pengikut dapat mengalahkan golongan mu`tazilah (dalam masa yang sama) aliran-aliran yang lain di dalam Islam terjadi semakin lemah, (akhirnya) hanya tinggal dua puak sahaja yang masih kekal pada ketika itu, iaitulah al-Syi`ah dan ahl al-Sunnah, maka dikatakan satu puak sebagai Syi`e dan satu puak yang satu lagi sebagai Sunniy. Penamaan/gelaran ini telah berterusan (digunakan) sehingga kini". Al-Syeikh Prof Dr. Ali Juma`ah iaitu mufti Mesir pada masa ini menjelaskan tentang mazhabahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah di dalam kitabnya:[15] "مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ -الأَشَاعِرَةِ وَالْمَاتُرِيْدِيَّةِ- مَذْهَبُ وَاضِحٌ فِيْ جَمِيْعِ أَبْوَابِ عِلْمِ التَّوْحِيْدِ، وَلَكِنَّ أَكْثَرَ مَا يُنْكِرُهُ مَنْ جَهَلُوْا حَقِيْقَةَ الْمَذْهَبِ مَسْأَلَةً فِيْ الإِيْمَانِ بِاللهِ، وَهِيَ تَتَعَلَّقُ (الإِضَافَاتِ إِلَى اللهِ)، أَوْ مَايُسَمَّىْ (الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةِ). Maksudnya:"Mazhab ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah –al-Asya`irah dan al-Maturidiyyah- adalah mazhab yang jelas pada keseluruhan bab-bab tauhid, namun banyak orang-orang yang mengingkarinya ialah orang-orang yang jahil terhadap mazhab tersebut yang sebenar pada masalah iman kepada Allah dan ia berkaitan dengan (al-Idhafat/ sifat-sifat sandaran kepada Allah) atau apa yang dinamakan sebagai (sifat-sifat Khabariyyah)". Justeru, aqidah yang benar dan diyakini oleh para ulama’ salaf yang soleh adalah aqidah yang diyakini oleh al-Asy`ariyyah dan al-Maturidiyyah. Ini kerana sebenarnya kedua-dua golongan ini hanyalah meringkas dan menjelaskan aqidah yang diyakini oleh para nabi dan rasul serta para sahabat. Aqidah Ahl al-Sunnah adalah aqidah yang diyakini oleh ratusan juta umat Islam, mereka adalah para pengikut mazhab Syafi`e, Maliki, Hanafi, serta orang-orang yang utama dari kalangan mazhab Hanbali (Fudala’ al-Hanabilah). Aqidah ini diajarkan di seluruh pondok Ahl al-Sunnah di negara kita, Malaysia. Dan alhamdulillah, aqidah ini juga diyakini oleh ratusan juta kaum muslimin di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, India, Pakistan, Mesir (terutama al-Azhar), negara-negara di daratan Syam (iaitu Syiria, Jordan, Lubnan dan Palestin), Maghribi, Yaman, Iraq, Turki, Daghestan, Chechnya, Afghanistan dan masih banyak lagi di negara-negara lain. Oleh itu, wajib ke atas kita untuk memberi perhatian dan kesungguhan dalam mendalami aqidah al-Firqatun-Najiyah yang merupakan aqidah golongan majoriti umat Islam. Nama lengkap Abu al-Hassan al-Asy`ari ialah Abu al-Hassan `Ali ibn Isma`il ibn Abu Basyar Ishaq ibn Salim ibn Ismail ibn Abdullah ibn Musa ibn Bilal ibn Abi Burdah ibn Abu Musa Abdullah (sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam dikenali dengan nama Abu Musa al-Asy`ari) ibn Qais al-Asy`ari. Beliau dilahirkan pada tahun 260 Hijrah di Basrah (Iraq), selepas 55 tahun kewafatan al-Imam al-Syafi`e. Beliau telah wafat pada tahun 324 Hijrah di Basrah pada usia 64 tahun. Beliau merupakan pemimpin Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, imam ahli kalam, pendukung Sunnah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, pembantu agama yang pakar dalam bidang keilmuan dan giat berusaha menjaga kesucian aqidah umat Islam. Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari pada hakikatnya tidak mengadakan sesuatu perkara baru dalam bidang akidah, sebaliknya beliau merupakan orang yang menyusun semula ilmu akidah mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan apa yang di bawa dan dii`tikadkan oleh Rasulullahsallallahu`alaihi wasallam dan para sahabat radiyallahu`anhum ajmaien.  [1] Muhammad Salih Muhammad al-Sayid (1987), Asalat `Ilm al-Kalam, Kaherah: Dar al-Thaqafah, h. 14. [2] Sa`id Abu Jaib (1988), al-Qamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilahan, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 29. [3] K.H. Hasyim al-Asy`ari (1418 H), Risalah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Jombang: Maktabah al-Turath, h. 5. [4] Al-Muhaddith al-Syaikh Abdullah al-Harari (1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar al-Masyari`, h. 14-15. [5] Hadis riwayat Ibn Majah (3950), Abd bin Humaid di dalam Musnad-nya (1220) dan al-Tabarani di dalam Musnad al-Syamiyyin (2069). Al-Hafiz al-Suyuti menilainya sebagai sahih di dalam kitab al-Jami` al-Saghir (1/88). [6] Hadis riwayat al-Tirmizi (2582), Ahmad (12871) dan al-Hakim (1/88) yang menilainya sahih sesuai dengan pensyaratan al-Bukhari dan Muslim. [7] Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi (2001), Mirqat al-Mafatih Syarh Misykat al-Masabih,  Jamal `Aitabi (ed.), Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, , j. 1, h. 442. [8] Abdurra`uf al-Munawi (2001), Faidh al-Qadir Syarh al-Jami` al-Saghir, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyah, j. 2, h. 546; Al-Imam Ali al-Qari al-Harawi(2001), op.cit., h. 383. [9] Abu Ishaq al-Syatibi (t.t), al-I`tisam, Riyadh: Maktabah al-Tauhid, h. 312-314. [10] `Abd al-Rahman b. Salih al-Mahmud (1995), Mauqif Ibn Taimiyah min al-Asya`irah, Riyadh: Maktabah al-Rusyd, h. 502. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Safar al-Hawali (tokoh rujukan Wahhabi) di dalam kitabnya Naqd Manhaj al-Asya`irah fi al-`Aqidah, h. 7. [11] Muhammad Adil Azizah al-Kayyali  (2005), al-Firqah al-Najiyah hiya al-Ummah al-Islamiyyah Kulluha, Dubai: Mathani` al-Bayan, h. 88-89.
 [12] Imam Al-Zabidi (t.t.), Ittihaf al-Saadah al-Muttaqin,(t.tp):  (t.p), j. 2, h. 6.
[13] Ibn Abidin, Muhammad Amin (1995), Hasyiah radd al-Mukhtar, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 52.
[14] Hassan Ibrahim (1964), Tarikh al-Islam al-Siyasi Wa al-Din Wa al-Thaqafi Wa al-Ijtimaie, j. 2, c. 7, Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, h. 162-163.
[15] Ali Juma`ah (2005), al-Bayan lima Yashghul al-Azham, Kaherah: al-Maqatam li al-Nasyr wa al-Tauzi`, h. 140.

Bagaimana kita memandang kpd orang yg berbuat maksiat

"JGN MEMANDANG SEBELAH MATA ORG YG BERBUAT MAKSIAT. JGN MERASA KITA LEBIH BERMARTABAT DIBANDINGKAN DGN MEREKA. KITA CELA PERBUATAN MAKSIAT MEREKA, BUKAN ORANGNYA. MEREKA TIDAK BOLEH KITA ANGGAP RENDAH DAN TERCELA, KITA JUGA TIDAK BOLEH SOMBONG KPD MEREKA. BOLEH JADI, SUATU MALAM IA DILIHAT ALLAH, LALU MENJADI SEORANG WALI YG DICINTAI ALLAH. SEMENTARA AMALMU YG TIDAK SEBERAPA, KERANA ENGKAU SOMBONGKAN, DIHAPUS ALLAH DAN ENGKAU JADI TAK PUNYA APA-APA. BAHKAN, BOLEH JADI IMANMU DICABUT, DAN ENGKAU TIDAK DITERIMA LAGI UNTUK MENGHADAP-NYA."
NAU'ZUBILLAH MIN ZALIK.

-HABIB ALI ALJUFRI-

Belajar Adab dari Imam Malik ra

Anak murid Imam Malik mengatakan: Aku belajar dengan Imam Malik selama 20 tahun..18 tahun hanya utk belajar adab dan 2 tahun utk ilmunya al Imam Malik..alangkah ruginya aku kerana tidak belajar adab dengan al Imam Malik selama 20 tahun terus kerana ilmu boleh dicari tetapi adab tidak..

Adab Imam Malik: Jika seseorang bertanya tentang sesuatu hukum..aku bisa menjawab dengan begitu saja..tetapi jika bertanyakan tentang hadisnya Nabi Muhammad saw..aku akan meminta izin kepada tetamu itu untuk mandi,memakai baju yg paling cantik,memakai wangian dan akan mula menjawab.. Itulah adab.

Zikir apa yang membantu untuk menundukkan pandangan

(HIZBUL MURAAQABAH)
Habeebna `Umar pernah ditanya:
 " Zikir apa yang membantu untuk menundukkan pandangan? "

Jawapan beliau:
 "Apa2 zikir yang membantu rasa 'hudhuur' (kebersamaan bersama ALLAH).Antaranya...." ⇨1) Zikr : الله حاضري(Allahu Haadhiri -Allah hadir bersamaku) الله شاهدي(Allah Syaahidi -Allah menyaksikanku) الله معي(Allah Ma'i -Allah bersamaku) الله ناظرإلي(Allah Naadhirun Ilayya -Allah melihatku) االله قريب مني(Allah Qariibun minni -Allah dekat denganku) P/s:Habeebna `Umar pernah sebutkan dalam pengajian subuhnya (kitab Tarbiyah Al-Awlad) bahawa zikir ini baca sebelum tidur sebanyak 11 kali untuk merasakan muraaqabatullah (rasa diperhatikan Allah).Ada kisah disebalik zikir ini.
⇨2)Doa wirid dari Rasulullah (sollahu 'alaihi wa sallam) :
 اللهم يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث و من عذابك أستجير اصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي ولا إلىأحد من خلقك طرفة عين
Allahumma ya hayyu ya Qayyum birahmatika astaghith wa min 'azabika astajir aslih li sya'ni kullihi wala takilni ila nafsi wala ila ahadin min kholqika torfata 'ain.
⇨3)Sentiasa sibukkan fikiran kita bahawa kita ingin mempersiapkan mata kita untuk melihat wajah mulia Sayyidina Rasulullah SAW ...
Mari sama2 kita mujahadah mata kita sehinggalah Dia meredhai kita untuk melihat wajahnya Sollallaahu 'alaihi wasallam....
Ya Allah,Tundukkan mata kami dari pandangan2 yang menggelapkan hati kami.... Aameeen Allaahumma Aameeen...

[Al-Habib Jindan bin Novel bin Salim bin Jindan] Malaysia Berselawat 2013 (07/12/13) 

"Jangan menilai seseorang yang beribadah (luaran) itu tidak ikhlas kerana sesungguhnya orang tersebut sedang berusaha untuk kembali kepada-NYA. Keredhaan ALLAH SWT terletak kepada keredhaan kedua orangtua & sesetengah hamba yang dekat dengan ALLAH SWT."

[Al-Habib Jindan bin Novel bin Salim bin Jindan] Malaysia Berselawat 2013 (07/12/13) www.darulmurtadza.com

Diantara tausiah Habib Umar bin hafidz di Majlis Ta'lim Darul Murtadza Malaysia (06-12-13) 

بِسْـــــــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

"Barangsiapa-siapa melazimkan diri utk menjaga ADAB akan diberikan taufiq oleh Allah SWT utk menjaga sunnah2. dan maka siapa yg menjaga sunnah2, akan diberikan taufiq oleh Allah SWT utk menjaga kewajiban2 yg diwajibkan oleh Allah SWT, dan maka siapa yg menjaga kewajiban, maka akan dianugerahkn oleh Allah SWT mati dlm keadaan husnul Khotimah."

آمِــــــــــيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِــــــــــيْنَ آمــــــــين يَا مُجِيبَ ا لسَّائِلِينْ وَ الـلَّــــهُ اَعْــلَـــمْ بِالصَّــــوَابِ بَارَكَ اللّهُ 

keadaan wanita-wanita muslimat indonesia

Alhabib Umar Bin Hafidz :
Dahulu orang-orang kafir di Indonesia menutup aurat mereka karena malu dengan wanita-wanita muslimat dan karena haibah (keagungan) agama. Sekarang justru wanita-wanita muslimat yang ber tabarruj (memamerkan kecantikan).

Wahai Allah SWT yang Maha Penolong, tolonglah kami! Wahai Allah SWT yang Maha Perubah Keadaan, rubahlah keadaan kami menjadi lebih baik!

Ajaklah anak-anak kalian, laki-laki dan perempuan, kepada kebaikan dan menuntut ilmu yang bermanfaat. Kalian akan menghadap Allah SWT dengan wajah seperti apa jika mendukung anak kalian pergi ke Amerika! Apa yang akan mereka
pelajari di Amerika?! Seberapa besar nilai yang mereka dapatkan sepulang dari Amerika dan cahaya apa yang mereka bawa? Bahkan kadang-kadang mereka pergi tanpa muhrim!

Wahai yang tak beradab! Di padang mahsyar kalian akan diliputi kegelapan dan menyesali perbuatan (mendukung kepergian itu) sedangkan orang- orang lain berada dibawah lindungan junjungan- junjungan kita.

Oleh karena itu kirimlah anak-anak kalian ke tempat- tempat belajar agama. Sehingga iman mereka menguat dan yakin. Kirimlah anak anak perempuan kalian bersama muhrim. Seperti ke Hadramaut.

Bertakwalah kepada Allah SWT…berapa lamakah umurmu di dunia?! Siapakah yang berada di hati kalian?! Kalian telah mengagungi perbuatan, perkataan, dan ilmu-ilmu orang kafir! Sesungguhnya ilmu Rasulullah SAW (Al-Mukhtar) lebih agung!

Hidupkanlah pada diri kami Ilmu Nabi kita Rasulullah SAW yang memberi petunjuk dan jalan kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT merubah keadaan menjadi lebih baik. Dan masing-masing dari kalian menjadi qurrot‘ain (penyejuk pandangan) Sayyidah Fatimah az- Zahra dan dibangkitkan bersama beliau.

Memasuki masjid memakai sandal, dan shalat memakai sandal.

di petik dari petunjuk Habib zein Hafidzahullah.

telah di sebutkan di dalam Hadist bahwa Baginda nabi shallahu alaihi wa sallam, shalat memakai sendal, dan memasuki masjid mengenakan sandal. maka Para ulama menjawab nya perihal masalah ini, menjelaskan makna perbuatan Rasulullah shallahu alaihi wa sallam tersebut, Berkata Ahlu Ilmi. perbuatan rasulullah tersebut adalah untuk menjelaskan bahwa itu mempunyai hukum boleh di lakukan, (Berhukum jawaz), dan menjelaskan hukum Boleh (Jawaz) kepada Ummat nya adalah wajib bagi rasulullah shallahu alaihi wa sallam. sebagaimana telah di sebutkan dalam hadist bahwa rasulullah Shallahu alaihi wa sallam pernah minum berdiri dan pernah buang air kecil berdiri, perbuatan seperti ini adalah untuk menjelaskan bahwa itu boleh di lakukan, bukan berarti itu merupakan kebiasaan atau perintah Rasulullah agar di lakukan.

melainkan Yang sunnah adalah, mendorong untuk tetap di atas adab dalam memasuki masjid, dan tidak mengotorinya dengan sandal, sebab seorang muslim tentu tidak rela jika hal itu di lakukan di dalam rumah nya, atau di tempat di mana ia bertinggal, lantas bagaimana ia bisa rela jika perbuatan tersebut mereka lakukan di dalam rumah Allah ?
Bahkan Para ahli ilmu mengatakan. orang yang hendak masuk masjid dengan mengenakan sandal maka di syaratkan sandal nya harus suci, dan tentu ini sulit. bahkan di haramkan masuk kedalam masjid jika sandal nya membawa najis.

kita mendengar sebagian Orang berkata dan berdalih, bahwa Nabi saja masuk kedalam masjid dengan mengenakan sandal, dan shalat mengenakan sandal.

jawab :

sandal nya nabi itu tidak sama dengan sandal yang anda pakai.
sandal nya nabi itu suci, beliau naik ke atas langit dengan sandal nya di hadapan Allah. oleh itu sandal nya nabi penuh dengan keberkahan,
sebagaimana yang telah di katakan oleh para Ulama'

على الطُـورِ نُودي موسى أن اخلع ... ومحمد لم يُـؤمر بخلع نعاله

di atas gunung thur, musa di panggil dan di perintah untuk melepas sandal nya, sedang Nabi Muhammad (di panggil ke hadapan Allah) tidak di perintah untuk melepaskan sandal nya.

kemudian Nabi tidak melakukan nya atas inisiatif sendiri, melainkan berdasarkan petunjuk, lalau bagaimana anda hendak menyerupai dan mengikuti ? oleh itu perbuatan anda ini keliru dan perbuatan orang dungu.

adapun shalat dengan mengenakan Sandal.

Maka ketahuilah wahai kaum muslimin, bahwa hal itu di syaratkan sandal mu harus Suci, dan harus dalam keadaan darurat, seperti sangatnya panas matahari sehingga membutuhkan sandal, oleh itu tidak pernah datang dari nabi bahwa beliau senantiasa mengenakan sandal dalam shalat nya.

Ringkas nya. wahai saudara-saudaraku, semuga Allah anugerahi kalian taufik, bahwasanya, selayaknya kita memelihara adab di rumah-rumah Allah, dan di hadapan Allah, mari kita dahulukan Adab dari mengikuti hawa nafsu, jangan sampai kita masuk masjid kecuali dalam keadaan khusyu', dan adab, serta dengan pengagungan,

Allah berfirman :

ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب

dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.

Orang beruntung dan bijaksana adalah orang yang bodoh hawa nafsu dan pendapatnya, demi untuk mengikuti para ulama terdahulu, mengikuti dan meneladani mereka , sebab ulama itu adalah ittiba' karena Allah dan rasul nya serta tunduk dan patuh.

Sungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya : "Ke mana engkau menghendaki?" Orang itu menjawab : "Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini." Malaikat bertanya lagi : "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kau peroleh dari saudaramu itu?" Ia menjawab : "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah." Malaikat lalu berkata : "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu untuk memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah terserempak dengan Al-Allamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang transit via KLIA pagi tadi dalam rangka hadir majlis Haul & Maulid Akbar di Jakarta, Indonesia.

AllAh WUJuD tanpa TEMPAT!!

JAKIM: AWAS! WAHHABI ADALAH MUSYABBIHAH

Golongan musyabbihah dari zaman dahulu lagi, sebelum kedatangan Ibn Taimiah hinggalah dewasa ini sentiasa bertungkus- lumus untuk menyatakan bahawa Allah Ta’ala ada bertempat dengan menggunakan istilah-istilah yang berbeza. Di kalangan mereka berhujahkan dengan ayat al Quran العرش استوى الرحمن على dengan menafsirkan ayat tersebut mengikut hawa nafsu mereka atau mengikut ulama-ulama musyabbihah wahabiah, dan banyak lagi hujah-hujah mereka yang batil untuk mensabitkan ‘tempat’ bagi Allah.

Mereka(golongan musyabihah) juga mengatakan Allah ada tempat tapi tempatNya bukanlah seperti tempat-tempat makhluk, atau pun tempatNya Dia sahaja yang tahu. …Subhanallah …manusia jenis apakah yang mengatakan sedemikian sehingga ada niat yang jahat untuk mengatakan Allah mempunyai tempat. Dari hujah manakah mereka ambil sehingga boleh menghukumkan orang yang berpegang aqidah ‘Allah ada tanpa bertempat’ ini dari Muktazilah dan Jahmiah?.

Kenyataan yang mengatakan ‘aqidah Allah ada tanpa bertempat’ adalah aqidah Muktazilah’ bererti telah menghukum salah seorang sahabat Nabi iaitu Saidina Ali sebagai muktazilah, kerana beliau telah menafikan ‘tempat’ bagi Allah. Saidina Ali telah berkata:

كان الله ولامكان

Maknanya: Allah ada tanpa tempat

BUDI PEKERTI GURU MULIA AL-MUSNID AL-HABIB UMAR BIN HAFIDH SEHARI-HARI

Al-Habib Mundzir Al-Musawa mengatakan: 
Beliau itu adalah panutan yang sangat indah,selama tahun 93,dan awal 94,saat itu saya meninggalkan Jakarta untuk belajar dengan
beliau diYaman,selama 4 tahun dalam tarbiyah bersama beliau.
Saya tidak pernah menemukan BUDI PEKERTI YANG SANGAT INDAH DAN SERASI DENGAN NABI MUHAMMAD SAW,sebagaimana
yang saya lihat pada pribadi beliau.
Semua yang saya lihat pada kitab-kitab Ahadistunnabawy tentang:
-budi pekerti rasul
-cara duduknya
-cara jalannya
-cara bicaranya
-cara tidurnya
-cara segala galanya
TERNYATA ADA PADA SOSOK GURU MULIA KITA. (Al-Musnid Al-Habib Umar bin Hafidh)

Jadi ternyata bukan kitab saja yg berbicara,ada sosoknya yang jelas terlihat.
Kalau hadistnya begini rasulullah saw,ternyata saya lihat ada pada beliau,dan demikian dan demikian.
Demikian budi pekerti yang sngat indah,dan beliau orang yang sangat ramah kepada semua orang,bahkan ketika salah seorang:
-anti maulid
-tidak suka maulid
-benci kepada beliau
-selalu mencela beliau

Sekali waktu bertemu dengan beliau disalah satu acara. Lantas beliau mengambil tangan orang itu lalu menciumnya.
Maka orang itupun menangis:
"Saya benci orang ini seumur hidup saya,anak saya juga tidak cium tangan saya,tapi ulama ini cium tangan saya"
Meruntuhkan kebencian kepada beliau,dan berbalik menjadi orang yang sangat mencintai beliau.
Kejadian seperti ini sangat banyak terjadi.

Demikian indahnya budi pekerti yang luhur dan mulia guru mulia kita,hari ini insya Allah kita akan memandang wajah teduhnya,semoga membawa keberkahan untuk muslimin sekalian,amin

NASIHAT UNTUK WANITA NASIHAT UNTUK KITA SEMUA

Almusnid Al-Arif Billah Alhabib Umar bin Hafidz berkata:

“Seharusnya para wanita kita,anak-anak kita, isteri kita dansaudari-saudari kita yang kecil maupun yang besar tidaklah mengikuti ajaran kaum kafir.
Janganlah kalian mengikuti merekadalam segala sesuatu. Baik cara berpakaian, adat perkawinan,didalam rumah, serta cara keluarrumah.

Wahai puteri-puteri dan wanita mukminah...
selama ini, siapakah yang kalianikuti? Siapakah yang kalian jadikan teladan? Siapakah yang kalian
kalian jadikan contoh? Sosok manakah yang kalian Jadikan panutan?
Apakah kalian mengikuti orangkafir, Yahudi, Nasrani dan para wanita-wanita yang jauh dari jalan
Allah swt!!!
Apakah kalian tidak berada dijalannya Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya??
Janganlah kalian sampai terjerumus!!!
Wahai mukminah, wahai muslimah...
Perhatikanlah siapa yang telahkalian contoh dan jalan siapakah yang telah kalian ikuti? Dengan
siapa kaiian berteladan?
Janganlah kalian menukar para teladan kalian! Apakah kalian akan menukar sayyidah Ahlil Jannah
dengan kaum kafirl Apakah kalian akan menukar sayyidah Khadijahr.a. yang memperoleh salam dari
Allah swt, dengan kaum yang dilaknat oleh Allah swt.
Apakah yang telah menimpa kita wahai saudaraku!!! Jikalau hal ini terjadi, maka ini adalah sebuah
bencana yang besar. Berpikirlah secara benar dan serius. Perkara ini bukanlah sebuah lelucon, mainan ataupun gurauan.
Ini perkara agama yang berkaitan dengan akhirat kita! Ini perkara yang berkaitan dengan keadaan menjelang maut, di dalam kubur, dibarzah dan hari kebangkitan kelak.
Perkara agama ini tergantung pada amal perbuatan kalian dalam kehidupan, adat, perkataan dan sikap kalian selama di dunia ini.
Siapa suri tauladan kita Kita telah menukar serta meninggalkan suri tauladan AlBatul dalam adat dan kehidupan kita. Salah satu bagian dari Rasulullah saw, yaitu Sayyidah Fatimah az-Zahra
Dengan siapakah kalian tukar wahai mukminah...! Apakah yang ada di benak kita? Sesungguhnya hal yang
memalukan serta merupakan 'aib bagi muslimah dan mukminah adalah tidak memperdulikan sirah
sayyidah Fatimah az-zahra. Tidak mencontoh akhlak dan kebiasaan beliau! Justru kita mencontoh
lainnya!

tulislah perkataan yang menyebabkan kita gembira di akhirat kelak


Ilmu itu adalah agama, maka lihatlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu (ilmu)

Ilmu Adalah Agama.

Al-'Alim Al-'Allamah Imam Al-Bajuri رحمه الله dalam kitabnya Al-Mawahib Al-Laduniyah 'ala As-Syamaail Al-Muhammadiyah menaqalkan kalam yang terdapat dalam kitab Al-Jami' As-Shoghir,

'Ilmu itu adalah agama, maka lihatlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu (ilmu).'

[ref: Mawahib Laduniyah, 323]

Syitan Tak Pernah Putus Asa, Bagaimana kamu Boleh Berputus asa


tidaklah berhak untuk menetapkan suatu hukum tentangnya kecuali orang yang telah memiliki berbagai macam ilmu

Sesungguhnya perkara-perkara kontemporer merupakan perkara yang paling rawan dan butuh pembahasan yang lebih dalam. Oleh karena itu tidaklah berhak untuk menetapkan suatu hukum tentangnya kecuali orang yang telah memiliki berbagai macam ilmu.

Ilmu yang pertama: Menguasai seluruh nas-nas syariat (terlatih dengan al-Qur’an dan Hadis Nabi sampai-sampai tidak ada satu nas-pun terlewat yang mungkin berhubungan dengan perkara-perkara kontemporer itu)

Ilmu yang kedua: Harus menguasai ilmu Ushul Fikih

Ilmu yang ketiga: Menguasai Maqasid asy-Syari’ah

-Syaikh Usamah Sayyid al-Azhari-

“Apakah mengebom sebuah klub malam di suatu negara muslim itu halal atau haram?”

Pesan untuk Kelompok Islam garis keras dan suka mengkafirkan

Syaikh Muhammad Sya’rawi rahimahullah berkata:
Pernah suatu saat saya berbincang dengan salah satu pemuda penganut Islam garis keras dan saya bertanya kepadanya:
“Apakah mengebom sebuah klub malam di suatu negara muslim itu halal atau haram?”

Dia menjawab: “Tentu saja halal. Membunuh mereka itu boleh.”

Saya bertanya: “Kalau seandainya kamu membunuh mereka, sedangkan mereka bermaksiat kepada Allah, kemana mereka akan ditempatkan?”

Dia menjawab: “Tentu saja neraka!!”

Saya bertanya: “Kemana syaitan ingin menjerumuskan mereka?”

Dia menjawab: “Tentu saja ke neraka..!”

Saya berkata: “Kalau begitu kamu dengan syaitan memiliki tujuan yang sama, yaitu memasukkan manusia ke neraka!”

Lalu saya menyebutkan sebuah hadis Rasulullah ketika ada mayat seorang yahudi lewat di hadapan Nabi lalu Nabi menangis. Ditanyalah Nabi: Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah? Nabi bersabda: ((Telah lolos dari ku satu jiwa dan ia masuk ke dalam neraka))

Saya berkata: Perhatikan perbedaan antara kalian dengan Rasulullah yang berusaha untuk memberi petunjuk kepada manusia dan menjauhkan mereka dari neraka.

Waktu yang Barokah


Indahnya akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahkan terhadap hewan sekalipun

DARI HABIBANA MUNZIR :

Indahnya akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang selalu tidak ingin mengecewakan orang lain,
tidak ingin menyakiti perasaan orang lain,

bahkan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam tidak ingin menyakiti hewan sekalipun,

sebagaimana teriwayatkan di dalam sirah Ibn Hisyam dimana ketika salah seorang sahabat mencaci keledainya yang lemah dan berjalan lambat dan mencambuknya,

dan ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendengar cacian sahabat tersebut terhadap keledainya, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ingin membeli keledai tersebut,

namun sahabat itu menolaknya sebab keledai itu sangat lemah sehingga ia ingin menghadiahkan nya saja kepada
beliau shallallahu ‘alaihi wasallam,

sedangkan untuk di hadiahkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam saja sahabat itu merasa malu, terlebih lagi jika akan dibeli oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetap ingin membeli keledai tersebut, maka sahabat itu pun mengatakan harga keledai itu, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membayar dengan harga yang lebih tinggi dari harga yang disampaikan oleh sahabat tersebut,

dan keledai itu kemudian berubah menjadi keledai yang sehat dan penuh tenaga karena telah disentuh oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam..

berhati-hatilah ketika berbicara tentang perkara yang belum kita kuasai sepenuhnya

"Barang siapa berbicara tentang suatu hal sebelum ia mempelajarinya, maka bisa saja ia mengira bahwa setiap yang hitam adalah arang, setiap yang merah adalah daging, dan setiap yang putih adalah gajih/lemak.

Karenanya, berhati-hatilah ketika berbicara tentang perkara yang belum kita kuasai sepenuhnya."

-Syekh Ali Jumah-

Luasnya kadar ilmu seseorang itu akan timbul dari pada keluasan akhlaqnya yang mulia

Alhabib Ali Aljufri berkata: 
Luasnya kadar ilmu seseorang itu akan timbul dari pada keluasan akhlaqnya yang mulia.

Melihat gambar-gambar yang penuh maksiat di televisi mematikan hati

Almusnid Alhabib Umar Bin Hafidz :

Ikutilah agama dan sunnah Rasulullah SAW. Berapa banyak TV yang berada di rumah-rumah yang telah merusak dan menghilangkan iman kita. Hal itu menjadi salah satu sebab seseorang meninggal dalam keadaan su’ul khotimah.Seperti dikisahkan seseorang yang meninggal ketika melihat gambar-gambar yang penuh maksiat di televisi dalam keadaan hatinya mati. Dan ia menjalani sakaratul maut dengan susah payah.

Sebaliknya, hati-hati yang sholih akan meninggal dalam keadaan mengingat para Nabi, Sayyidah Fatimah, dan Sayyidah Khadijah, sahabat, kaum Muhajirin dan Anshor. Dan kelak akan dibangkitkan bersama mereka.

Beberapa orang ketika sakaratul maut tak bisa berkata LailahaillAllah,bahkan setelah di talqin tiga kali. Namun mereka dapat mengucap kata selain LailahaillAllah SWT. Ketika ditanyakan kepada salah satu mayat di dalam mimpi, Kenapa engkau tak bisa berkata Lailahaillah? Ia pun menjawab, Yang mencegah saya berkata LailahaillAllah SWT adalah pandangan-pandangan haram ketika saya di dunia. Itulah hal yang mencegah antara kita dan Allah SWT (Lailahaillah).