Friday, November 29, 2013

Mengenal akhlak Hubabah Nur Al Haddar, istri Guru Mulia alHabib Umar bin Hafidz

Hubabah Nur adalah isteri Habib Umar yang pertama juga anak kepada Habib Muhammad AlHaddar..

Beliau memiliki 9 orang anak,3 laki-laki 6 perempuan..Seorang anak kesayangannya yang perempuan bernama Fatimah Azzahra' telah meninggal sewaktu berumur 12tahun kalau tak salah,jadi tinggal semuanya 8orang..Beliau adalah seorang yang MasyaAllah terpuji akhlaknya..wanita yang solehah..susah nak cari orang macam Hubabah kat Mesia zaman sekarang ni..

Ana perhati ketika ana mengiringi beliau pulang ke rumahnya dari sesuatu perjumpaan dengan para Pendakwah..Ketika berjalan kepala beliau sentiasa tunduk ke bawah,mulutnya tak pernah berhenti dari berzikrullah,,Beliau tidak akan melalui jalan yang ada orang lelaki bahkan memilih lorong2 yang jauh dari orang lelaki meski pun lorong itu membuatkan perjalanannya lebih jauh..

Pernah ana makan setalam dengan beliau,,beliau suka mengagihkan ketulan daging kepada orang yang makan bersamanya tak kiralah siapa..

MasyaAllah..Beliau juga seorang yang penyayang,suka kepada kanak2..
Ana suka bila tengok Hubabah senyum.. Kemana sahaja beliau pergi sebatang sugi dan seuntai tasbih selalu di tangan..
Sangat hormat akan laungan azan..

Beliau juga sangat menjaga adab2 majlis,kalau ada yang kurang biadab,hubabah akan terus menegurnya..
Oleh itu jagalah adab antum di dalam majlis beliau,Jangan bercakap2 dengan orang sebelah kita ketika Hubabah sedang mengajar..Kalau ada yang tak faham nanti selepas majlis kita boleh tanya balik kepada kawan kita.

Via Ukhty Syauqul Muhibbin


No comments:

Post a Comment