Friday, November 1, 2013

Ustadzah Syarifah Fathimah N Yahya: Kedudukan Hadist Dho'if


Membela Hadis Dhoif.
-------------------------
Dhoif BUKAN seerti dengan palsu. Celik minda, celik jiwa perhatikan perbezaan makna antara dua. Dhoif kerana ianya tidak kuat, manakala palsu ialah rekaan semata. Kan beza!!!
Saya mahu ingatkan diri saya & anda agar beradab di dalam menilai hadis. Hadis tu kan adalah kalam Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jangan mudah perlekehkan hadis dhoif sehingga menolaknya & mengkategorikannya sebagai hadis palsu. Hati-hati.

# Beza dhoif & palsu.

- Dhoif diharuskan beramal dengannya apabila memenuhi syarat.
- Palsu wajib ditinggalkan beramal dengannya.

# Tahukah anda kenapa ia dhoif?

---> Ia dhoif kerana "perawinya tidak memenuhi syarat sebagai perawi hadis sohih & hasan". Ia berada di tangga yang ketiga selepas hadis sohih & hasan.

# Apa beza syarat perawi hadis?

1. Hadis SOHIH; diriwayatkan oleh perawi yang adil, punya daya ingatan yang kuat, memiliki sanad yang bersambung kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, tidak memiliki kekurangan & tidak juga syaz (menyalahi aturan umum).

2. Hadis HASAN; perawinya memiliki kualiti yang lebih rendah berbanding perawi hadis sohih.

3. Hadis DHOIF; perawinya lebih rendah martabatnya dari perawi hadis hasan.

Nampak tak bezanya? Dhoif bukan sebab ia direkacipta dari tiada menjadi ada. Itu pendustaan namanya. Akan tetapi ia dhoif disebabkan ada kecacatan & kelemahan samada pada sanad hadis (rantaian perawi) atau matannya (isi hadis). Ia lemah pada sifatnya. Itu sahaja.

# Apa pendapat Imam panutan ummah terhadap hadis dhoif?

1. Imam Abu Hanifah, Imam Malik & Imam Ahmad رضي الله عنهم.
- Menggunakan hadis dhoif kerana mursal, samada untuk fadhailul a'mal (kelebihan amalan) atau sebagai dalil penyokong hukum.

2. Mazhab Syafie'.
- Tidak digunakan sebagai hujah untuk menyokong hukum, akan tetapi digunakan di dalam bab fadhailul a'mal.

3. Mazhab Hanbali.
- Digunakan bukan setakat untuk fadhailul amal bahkan sebagai penyokong hukum dengan syarat dhoifnya tidak keterlaluan.

Rujukan: Persoalan Khilafiyyah..., ditulis oleh Ustaz Muhadir حفظه الله.
-------------------------------------
Peringatan.
========

1. Terdapat segolongan manusia yang suka menolak hadis dhoif. Bagi mereka dhoif seperti palsu. Dengan itu mereka akan membid'ahkan orang yang beramal dengan hadis dhoif dengan bid'ah dholalah (sesat).

Kenapa ini terjadi? Kenapa mereka keras sangat apabila berdepan dengan hadis dhoif? Kenapa mereka hanya ikut pandangan ulama' mereka sahaja tanpa meraikan pendapat ulama' lain yang beramal dengan hadis dhoif? Kenapa?

Allahu Rabbuna .

2. Jika mereka berkata mereka ikut ulama', maka kami pun ikut ulama' juga. Bahkan ulama' yang kami ikut adalah ulama' ikutan ummah. Tanpa syak tanpa ragu lagi kewibawaan & kehebatan ilmu mereka .

Dikatakan: "Ikut ulama'? Mereka tidak maksum! Mereka lakukan kesalahan."

Dijawab: "Ya, benar mereka tidak maksum tapi mereka mahfuz (dipelihara Allah). Mereka tidak terlepas melakukan kesalahan namun mustahil mereka berani berdusta."

3. Jika anda tidak mahu beramal dengan hadis dhoif, maka terpulanglah kepada anda. Namun jangan sampai menyalahkan orang lain yang beramal dengannya. Orang yang beramal dengannya itu, mereka ikut ulama' yang mengamalkannya. Tidak sesat kerana mereka itu ulama' yang takutkan Allah.

4. Saya mahu ajak anda berfikir.
Bagaimana jika hadis dhoif yang dikatakan oleh seseorang sebagai palsu itu, hakikat sebenarnya adalah hadis sohih?!!!? Dalam tak sedar, andaiannya itu boleh menyebabkannya mendustakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم??? Sangat bahaya.

Dengan itu, berwaspadalah di dalam menilai hadis dhoif. Walaupun ia dhoif namun ia tetap bukan palsu.

5. Jika anda tidak tahu, maka serahkan urusan itu kepada ahlinya. Siapa ahlinya? Mereka adalah ulama' hadis seperti Bukhari, Muslim, Ahmad & raaaaaamai lagi .

Jika dhoif itu tiada nilai di dalam hadis yang boleh diamalkan & ia adalah palsu maka kenapakah pakar hadis memuatkan hadis dhoif itu di dalam kitab-kitab mereka???

Ya, mereka tidak maksum & mungkin tersalah. Akan tetapi mereka mahfuz & tidak mungkin kebanyakan mereka itu tersalah dalam hal yang sama. Fahamilah ... Wa Allahu a'lam.

"Hormatilah Hadis Dhoif".

Moga Allah redha, amin.

No comments:

Post a Comment