Friday, November 15, 2013

Apakah terbesit dalam benak kita bahwa BID'AH = SESAT = NERAKA?

Rujukan: "Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'" oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll حفظه الله.

# Bid'ah, apa itu?
- Dari segi bahasa: Sesuatu perkara baru yang diadakan tanpa ada contoh sebelumnya.
- Dari segi syara':Bid'ah itu 2 jenis; yang dipuji & yang dikeji.
Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia terpuji & apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji. (Imam Syafi'e رحمه الله). i>>
Dengan itu berhentilah menggunakan ta'rif bid'ah; "setiap apa yang Nabi tidak buat pada zamannya, maka ia adalah bid'ah & bid'ah itu hanya keji sahaja tiada yang terpuji".

 # Antara ulama' yang membahagikan bid'ah kepada dua; terpuji & keji selain Imam Syafi'e ialah;
1. Imam Ibn Hajr al-Haithami.
2. Qadhi Abu Bakr ibn al-Arabi.
3. Imam al-Baihaqi.
4. Imam al-Ghazali.
5. Ibn Hazm azh-Zhahiri.
6. Ibn al-Athir al-Jazari.
7. Imam an-Nawawi.
8. Imam al-Izz ibn Abd as-Salam.
9. Ibn Hajr al-'Asqalani.
10. Ibn Taimiyyah.
11. Imam as-Sayuthi.Dan ramai lagi ...
--------------------------------------------

# Hadis كل بدعة ضلالة itu perlu dikhususkan.
 Iaitu bid'ah yang bagaimana dikatakan sesat ke neraka!!! Wajib faham betul-betul.
Kita pakat faham كل (kullu) terlebih dahulu.
==========================



1. Harus difahami كل (kullu) kadang-kadang membawa erti setiap/keseluruhan. Akan tetapi kadang-kadang juga membawa erti sebahagian.
a- Contoh كل dengan maksud setiap/keseluruhan.كل نفس ذائقة الموت
     Setiap (kullu) yang bernyawa pasti akan merasai mati.(Ini tiada pengecualian, semua
     yang hidup pasti mati).
b- Contoh كل dengan maksud sebahagian.وجعلنا من المآء كلَّ شيء حيالأنبياء: ٣٠Dan Kami jadikan sebahagian (kullu) sesuatu yang hidup itu dari air ...(Di sini tidak tepat jika diterjemahkan kullu dengan semua/setiap kerana bukan semua benda diciptakan dari air. Ada makhluk yang diciptakan dari api seperti jin).>>
Dengan itu, mahu faham penggunaan كل dengan makna yang tepat wajib fahaminya melalui fahamnya para ulama' yang benar & amanah. Jangan harap kita nak faham sendiri. Sebab yang ini pun kita baru tahu كل (kullu) boleh dua makna, kan .

So, bukan semua bid'ah itu sesat. Ada pengecualian pada كل (kullu) di dalam hadis كل بدعة ضلالة. Terdapat bid'ah yang tidak sesat. Bid'ah macamana yang dikatakan tidak sesat itu? Teruskan pembacaan.
--------------------------------------------
Sekarang kita fahami pula apa sifat bid'ah yang sesat itu!
===================================
# Mengikut ilmu Balaghah; "setiap benda mesti mempunyai sifat". Sifat itu seperti baik & buruk, panjang & pendek, benar & sesat dll.
Saya bawakan semula hadis yang dibincangkan.
كل بدعةٍ ضلالةٌ، وكل ضلالةٍ في النارSetiap (kullu) bid'ah itu sesat & setiap (kullu) kesesatan itu ke neraka.

= Ok, perhatikan dalam hadis ini ada kalimah بدعة. Jika dalam ilmu Balaghah "bid'ah itu benda & setiap benda perlu punyai sifat". Di dalam hadis ini tidak dinyatakan sifatnya. Ini bermakna sifat kepada bid'ah itu dibuang, tidak disebutkan. Maka kita perlu cari apakah sifat yang sesuai kepada bid'ah itu.

Anda bertanya: "Sis, tak boleh ke ضلالة (dholalah-sesat) itu sifat bagi بدعة?."
Saya menjawab: "Tak boleh. Lihat baris ضلالة. Ia dibaca dholalatun kan? Jika mahu dijadikannya sifat bagi بدعة maka mesti dibaca dholalatin kerana bid'ah dibaca bid'atin. Sifat mesti ikut baris benda yang disifatkannya. Maka sesat (dholalah) itu bukan sifat kepada bid'ah, akan tetapi ia menjadi khobar."

Anda bertanya lagi: "Apa itu khobar?."
Saya menjawab: "Itu masuk tajuk lain. Lain kali kita cerita. Ni pun dah panjang dah ni ."
Oleh itu, sifat bagi bid'ah ada 2 kemungkinan; satu baik, satu lagi buruk.
Sifat yang mana lebih sesuai di dalam konteks hadis tersebut??? Jom kita siasat bersama dc .
===================
1. Kita cubatrytest masukkan sifat BAIK dulu iaitu حسنة.
Perhatikan barisnya juga ya.كل بدعةٍ حسنةٍ ضلالةٌ، وكل ضلالة في النارSetiap bid'ah yang baik itu sesat & setiap kesesatan ke neraka.Ok tak sifat baik ini digandingkan dengan bid'ah yang membawa ke neraka? Dengan waras kita akui memang tak ngam & tidak sepadan langsung. Bagai pinang yang tak terbelah sampai sudah .

2. Cubatrytest sifat BURUK/KEJI pula iaitu سيئة.
Apa yang berlaku?كل بدعةٍ سيئةٍ ضلالةٌ، وكل ضلالة في النارSetiap bid'ah yang keji itu sesat & setiap kesesatan ke neraka.Haaa, baru ngam kan . Yang busuk, keji, kotor itu je yang layak dijadikan sifat kepada bid'ah yang membawa ke neraka.
--------------------------------------------
# Kesimpulannya BUKAN SEMUA BID'AH itu sesat & ke neraka. Yang tu adalah bid'ah yang keji sahaja. Manakala bid'ah yang tidak termasuk di dalam hadis ini ialah bid'ah terpuji.
# Salah jika berpendapat; "apa yang Nabi tak buat itu maka ia telah menjadi bid'ah yang masuk neraka". Rileks dulu bro & sis.
# Fahami makna "setiap bid'ah itu sesat" dengan tepat. Tanya diri "bid'ah yang macamana dikatakan sesat"??. Ingat! Hadis itu umum yang perlu dikhususkan. Khususkan bid'ah itu dengan bid'ah yang keji. Yang keji itu sesat & itulah ke neraka.

Ok . Wa Allahu a'lam.

fp: Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya 

No comments:

Post a Comment